Followers

May 3, 2011

William tolak kontrak kahwin

Posted by MohdHaz on 1:54 PM

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton tidak menandatangani perjanjian praperkahwinan, kata satu kenyataan, semalam.

Sumber kanan diraja berkata, tiada dokumen rasmi dibuat sebelum perkahwinan bagi melindungi harta putera itu atau memastikan Kate mengekalkan kehidupan ala bangsawan sekiranya mereka berpisah.

Mulai dari detik pertunangan mereka diumumkan, peguam perceraian mengatakan kontrak praperkahwinan - yang popular di kalangan bintang Hollywood - mungkin praktikal memandangkan perkahwinan keluarga diraja yang kurang sukses, sejak akhir-akhir ini.
Mahkamah Agung baru-baru ini menguatkuasakan kontrak praperkahwinan dalam undang-undang Inggeris.

Sumber diraja, semalam menafikan laporan bahawa William dinasihatkan membuat persetujuan rasmi tetapi menolak untuk menandatanganinya. “Sekiranya dia menolak, itu bermakna ada orang menyarankan kepadanya tetapi ia tidak berlaku,” kata sumber itu.

“Tiada perjanjian praperkahwinan dalam perkahwinan William,” tambah sumber itu.
William, 28, memperoleh 37,170 pound (RM185,850) sebagai juruterbang RAF.

Namun, dia mewarisi 6.5 juta pound (RM32.5 juta) daripada ibunya, Puteri Diana di mana melalui pelaburan jumlah itu meningkat berlipat ganda sejak kematian Diana pada 1997.

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site