Korang tngah cari ayat power untuk si dia ??
atau kata2 jiwang dan pujangga cinta....
haaaa ini dia...sy nk share ckit ngn korang...
mne tau..lpas nie boleh la korng bgi kt si dia kan =)

cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada satu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi cintamu pada satu ketika
Cinta sejati adalah cinta yang tidak bertambah oleh kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta
Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki
Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerima
Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan

13 comments:
Cinta Itu Indah :)
jom baca entri terbaru.. http://kimie-blog.blogspot.com/2011/10/024-tabik-sama-itu-beruk.html
bnyk nye ayat2 cinta
hehe ^^
Fuh... best madah2 ni :)
amboi.................ayat jiwang ni......:)
huhu...ayat jiwang...boleh la amik n share2 ngn si Dia ek ^^
dari segmen tambah trafik... done following you...salam kenal yea...
tak semua cinta membawa ke jinjang pelamin kan. tp cinta pada-NYA tetap yg utama. ;)
cinta bagai kurap, makin digaru makin sedap...hehehe
to my blog - Acapsuur (>,<)
@siti : agree wif u =)
@asyraf : haha...cm gitue ea..so kene ah garu cinta sllu kn2 ;p
jiwang meh! dalam hati ada taman..;p
cinta tu kekadang menjadi racun yg berbisa juga kpda dri sndri...
cinta itu api.....jadi klo sudah terbakar musnahlah smua...jadi jgan coba bermain api
Post a Comment