Followers

May 3, 2011

Kisah tersembunyi dalam AF9

Posted by MohdHaz on 1:52 PM

MENGEJUTKAN apabila dua peserta baru diserapkan, Hazama dan Fina menerima undian tertinggi selepas konsert berakhir namun Kak Eton berasakan mereka berdua layak, memandangkan mutu persembahan dan kekuatan vokal ditunjukkan mereka.


Minggu ini, selepas peminat dan penonton setia Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mengenali semua barisan peserta AF dengan terperinci, Kak Eton ingin berkongsi kisah menarik lain pula yang sebenarnya tersembunyi di sebalik wajah pelapis muda lapangan seni tempatan ini. 
Mungkin tiada siapa yang tahu di sebalik keceriaan dan sikap mudah mesra Azri, sebenarnya dia memendam rasa apabila memikirkan ayahnya yang mengalami penyakit Alzheimer yang kronik, sehinggakan ayahnya tidak berapa mengingati keluarganya.

Afif pula meskipun bertubuh kecil dan tampak terlalu muda, namun dia adalah ketua keluarga selepas perceraian ibu dan ayahnya. Malah anak kelahiran Pahang yang berusia 24 tahun ini begitu baik dan bertanggungjawab kepada adik-beradiknya.



Peserta yang baru diserap masuk, Hazama pula tampak begitu gembira apabila perasan kelibat teman baiknya yang sudah dianggap seperti adik-beradiknya sendiri, Yazer, juga bekas bintang AF musim ketiga datang memberikan sokongan.




ika ada yang tertanya-tanya mengapa Erul begitu meminati pengaruh muzik daripada Korea, K-Pop, sebenarnya ada cerita di sebaliknya. Kak Eton pun seronok mendengar cerita pelajar muda ini. Rupa-rupanya abang Erul lebih meminati muzik itu dan sanggup membawa semua peminat Erul untuk membuat flashmob di depan rumah kaca. Malah khabarnya, Erul juga terpengaruh dengan jirannya berbangsa Korea.

Kak Eton turut bersimpati mendengar kisah Nera yang sudah beberapa kali merayu kepada pihak produksi untuk memberinya peluang bertemu ibu dan saudara-maranya, memandangkan mereka sentiasa mengunjungi rumah kaca untuk melihatnya.

Adik kepada bintang AF musim keempat, Diddy Hirdy iaitu Kay pula memang Kak Eton tidak nafikan sering sakit kebelakangan ini. Tapi sebenarnya kalau peminat AF ingin tahu, sebenarnya sejak arwah bapanya meninggal dunia Kay cepat lemah semangat. Tapi peliknya, ibu Kay pernah mendakwa yang Kay akan pulih semangatnya itu jika mengambil sejenis minuman yang tidak didedahkan jenisnya.

Lena pula sebenarnya mempunyai ibu yang lumpuh dan kurang upaya. Tapi persoalannya, Lena kurang mesra dengan keluarganya. Malaslah Kak Eton nak ulas panjang.

Bagi mengenang semula Raqib yang baru saja tersingkir daripada pentas AF minggu lalu, jangan lupa untuk saksikan diari AF bagi melihat koleksi ekslusif videonya dari kecil hingga dewasa. Sikap Raqib makin menyerlah apabila suka menyakat orang dalam akademi seperti mana yang sering dilakukan dengan keluarganya. Raqib masih pemalu tetapi kian membiasakan diri bersama rakan-rakan.

Apakah yang akan terjadi kepada para pelajar AF apabila mereka dibiarkan belajar sendirian apabila ke semua tenaga pengajar bercuti untuk hari buruh. Namun yang kelakarnya ingin Kak Eton kongsi, di sebalik bintang rock Amy Search yang kini bergelar pengetua AF9, rupa-rupanya suka melepak di rumah bersama anak-anak dan cucu dan memasak.

Bagaimanapun, kisah panas yang ingin Kak Eton korek adalah kesudahan perselisihan faham antara Fina dan Lena yang bermasam muka kerana kononnya Lena cemburukan Fina yang berbakat besar dalam nyanyian. Bagaimanakah reaksi Fina apabila tenaga produksi cuba mempertemukan ayah Fina dan Fina di akademi setelah diri Fina terbiar tanpa kasih sayang ayah selama 4 tahun.

Jangan lupa untuk saksikan Diari Akademi Fantasia setiap Isnin hingga Jumaat, 9 malam hanya di Astro Ria, Saluran 104.


sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site