Followers

May 3, 2011

Elton John singkir ibu

Posted by MohdHaz on 1:56 PM

SEORANG nenek biasanya menjadi orang pertama melihat cucunya kerana seronok dengan kehadiran anggota keluarga baru.


Bagaimanapun, apabila penyanyi Elton John, 64, dan pasangannya David Furnish memperoleh anak, Zachary, menerusi ibu tumpang, Disember lalu, ibunya Sheila Farebrother tidak mahu mengambil tahu mengenainya. 


Selepas perselisihan tiga tahun lalu dengan anaknya yang terkenal, wanita berusia 86 tahun itu berkata: “Saya tidak berminat untuk tahu.

“Dia sudah memutuskan hubungan dengan saya,” katanya kepada akhbar The Sun.



“Semuanya berlaku pada Jun tiga tahun lalu. Sejak itu, dia tiada apa-apa hubungan lagi dengan saya.”



Sheila menjual kediamannya dekat Sungai Thames bernilai 1 juta paun (RM5 juta) hanya lima kilometer dari rumah agam anaknya yang bernilai 7.5 juta paun (RM37.5 juta) di Old Windsor sebelum berpindah ke sebuah banglo tepi laut
di Littlehampton, West Sussex.

Dia juga menjual koleksi barangan anaknya dengan harga 28,820 pound (RM144,100).

Lebih 200 koleksi barangan hasil pembabitan John dalam muzik selama 40 tahun dilelong. Ketika ditanya sama ada lelongan itu berkait rapat dengan perselisihan mereka, Sheila menjawab: “Ia tidak ada kena-mengena dengan perkara itu. Saya berpindah ke tempat lebih kecil dan tiada tempat untuk menyimpan barangan berkenaan.”

Sheila tidak tahu-menahu John sudah menjadi bapa pada Krismas lalu apabila Zachary yang dilahirkan ibu tumpang di California diambil sebagai anak angkat.

Sumber memberitahu, punca pergaduhan antara keluarga itu ialah mengenai komen suami Sheila, Fred Farebrother terhadap Furnish, 48.

Sheila berkata: “Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Ia perkara yang menyakitkan. Anak saya menyingkirkan saya daripada kehidupannya demi kebaikannya.”

Namun, ketika ditanya sama ada komen diberikan kepada Furnish menimbulkan kemarahan anaknya, Sheila mengakuinya: “Mungkin juga, tetapi tidak secara tepat. Saya tidak mahu bercakap mengenainya.”

Ibu bapa Furnish dari Kanada terbang ke California apabila anak angkat pasangan itu dilahirkan pada hari Krismas, tetapi Sheila tidak dialu-alukan. Sheila berkata, dia belum mempunyai rancangan untuk bertemu cucunya.

Sheila hadir pada hari pasangan itu disatukan pada 2005 di Windsor untuk memberi sokongan, tetapi menurutnya, John tidak menghiraukan acara pengebumian bapa tirinya selepas keluarga mereka berselisih faham.

Sheila mengesahkan penyanyi jutawan itu masih membiayai kehidupannya walaupun mereka sudah putus hubungan.

Jurucakap John memberitahu: “Saya tidak pernah bertanya sama ada dia sudah berhubung dengan ibunya. Sheila adalah wanita yang baik, tetapi dia sudah berusia 86 tahun dan uzur.” -DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site