Followers

May 3, 2011

Kekasih lama turut hadir

Posted by MohdHaz on 1:59 PM

JODOH...William dan Kate. 
 
SEBAIK Jecca Craig, Arabella Musgrave, Rose Farquhar, Olivia Hunt dan Isabella Anstruther-Gough-Calthorpe melangkah masuk ke Westminster Abbey Jumaat lalu, tidak dapat dibayangkan bagaimana penampilan mereka sekiranya mereka memakai gaun putih pengantin dan berjalan menuju ke altar.


Bagi semua bekas teman wanita William itu, mungkin mereka memikirkan, bagaimana keadaannya jika mereka yang menjadi pengantin dan mendampingi William pada hari itu. 



Walaupun sudah lapan tahun mereka tidak berhubungan lagi dengan William, nampaknya putera itu masih mengekalkan persahabatan dengan semua bekas teman wanitanya.

Kebanyakan wanita itu juga sekarang sudah mempunyai pasangan masing-masing. Jecca, 28, yang berpacaran dengan William ketika zaman remaja putera itu menghadiri majlis perkahwinan berkenaan dengan kekasihnya, Kapten Philip Kaye - rakan William.



Isabella, 30, yang dikatakan gadis digilai William pada 2004, kini berpacaran dengan pelakon dan teman zaman kanak-kanaknya, Sam Hoare.



Olivia, 28, yang berpacaran dengan William di universiti sebelum bertemu Kate dan teman wanita William, Rose, 26, yang menjalin hubungan dengan putera itu untuk tempoh singkat selepas dia meninggalkan Eton turut menghadiri majlis perkahwinan diraja itu.

Begitu juga dengan Davina Duckworth-Chad - yang pernah dinamakan sebagai bakal teman hidup William, hadir ke majlis itu bersama suami, Tom Barber.

Semua wanita berkenaan hadir ke majlis perkahwinan diraja antara William dan Kate itu tampil dengan menggayakan fesyen masing-masing.

Isabella mempamerkan pakaian rekaan pereka Britain, Matthew Williamson.

Arabella, 28, yang menjadi pegawai perhubungan awam dengan butik fesyen Gucci dan menjalin hubungan cinta bersama pewaris firma perbankan, George Galliers-Pratt memilih pakaian rekaan pereka Itali, sama seperti Olivia.

Mereka pastinya menghabiskan wang ribuan paun semata-mata untuk tampil menawan bagi menghadiri majlis berprestij itu supaya setanding dengan penampilan wanita golongan bangsawan seperti Puteri Beatrice yang mengenakan rekaan Valentino Haute, Lady Kitty Spencer yang memilih rekaan Victoria Beckham dan Gabriella Windsor yang meminati hasil sentuhan Catherine Walker.

Kehadiran semua bekas teman wanita William itu membuktikan betapa teguh hubungan cinta putera terbabit dengan isterinya.

Wanita yang kurang keyakinan pasti akan merasa cemburu dan goyah sekiranya bekas kekasih bakal suaminya hadir dalam majlis perkahwinan mereka.-DM



sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site