Followers

May 3, 2011

Salji di Malaysia

Posted by MohdHaz on 2:00 PM

SHAH ALAM: Orang ramai, bersama-sama ‘Dora the Explorer’ dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di "City of Digital Lights".

Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, ‘salji’ setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan.

 Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk@i-City akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, selain menjana pelancongan dalam negara.

 "Dulu saya biasa memberitahu orang luar negara yang kita di Malaysia ini ada semuanya kecuali salji. Tapi, dengan Snowalk, kita boleh kata salji pun ada di Malaysia," katanya.

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site