Followers

May 4, 2011

Heliza Tepis Tuduhan Hadapi Masalah Syarikat

Posted by MohdHaz on 12:37 AM

PETALING JAYA: Penyanyi Heliza Helmi menjelaskan tiada sebarang masalah yang sedang berlaku sehingga menyebabkan Isma (AF7) dan beberapa pekerjanya berhenti dari syarikat miliknya Heliza Helmi Production (HHP).
Malah, dia menganggap perkara tersebut hanya sebagai khabar angin kerana pengunduran Isma sebagai artis syarikat itu kerana mempunyai komitmen lain yang lebih baik.
"Alhamdulillah setakat ini, tidak ada apa-apa masalah termasuk pengurusan di HHP. Tentang pekerja yang berhenti pula disebabkan mereka mendapat tawaran lain.
"Saya tidak pernah menghalang mana-mana pekerja saya yang ingin mencari kejayaan mereka sendiri. Tentang mempunyai masalah itu hanya khabar angin sahaja," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, dia juga menolak mempunyai masalah peribadi dengan Isma seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan Ahad lalu.
"Saya terkejut apabila membaca berita itu. Hubungan kami baik dan kami baru sahaja berjumpa pada sebuah majlis baru-baru ini.
"Saya turut gembira kerana dia kini sudah menjadi Pengarah Urusan di Nusanbakti dan itu adalah rezeki dia dan keluarga," katanya.
Tambah Heliza, syarikatnya kini dalam usaha untuk mengeluarkan produk terbaru mereka Al-Quran Perkata dengan kerjasama sebuah syarikat penerbitan Al-Quran.
"Kami dalam proses mengeluarkan naskhah Al-Quran tulisan tangan yang mana lengkap dengan tafsirnya sekali. Ini adalah kerjasama dengan sebuah syarikat penerbitan Al-Quran.
"Sekarang baru juzuk ke 16 dan Insya-Allah akan siap sebelum Ramadan. Selain itu, banyak juga produk yang masih dalam perancangan lagi," katanya.
Sementara itu, Heliza juga mengakui sejak penubuhan HHP, banyak kontroversi dan ujian yang terpaksa dihadapinya.
"Pada awal penubuhan ada yang kata saya ditaja oleh seseorang. Kalau ditaja saya tidak perlu berusaha keras seperti hari ini.
"Tapi bagi saya itu semua dugaan, yang penting saya tidak mengganggu periuk orang lain dan saya bekerja untuk keluarga dan pekerja saya," katanya.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site