Followers

Apr 25, 2011

Kerajaan tidak akan sekat Internet

Posted by MohdHaz on 12:42 PM



NAJIB bersalaman dengan penulis blog pada majlis perasmian Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia memberi jaminan tidak akan menapis kandungan Internet seperti mana yang pernah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jaminan itu diberikan selaras dengan janji Dr. Mahathir kepada dunia ketika beliau membangunkan Koridor Raya Multimedia.
"Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu, kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya ketika merasmikan Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN pertama di sini semalam.
Turut hadir ialah Dr. Mahathir selaku penaung Blog House Malaysia dan Presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali.
Persidangan dua hari itu bertema Blogging Mindfully and Responsibly dan dianjurkan oleh Blog House Malaysia.
Najib berkata, beliau yakin Internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi dan portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.
"Ini terpakai bagi semua masyarakat malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan," katanya.
sumber :kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site