Followers

Apr 25, 2011

Rozita hanya sahabat, bukan cinta - Shahir

Posted by MohdHaz on 12:42 PM



SHAHIR (gambar kecil) menjelaskan dia tidak bercinta dengan Rozita.


KUALA LUMPUR – Juara Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8), Shahir menjelaskan bahawa hubungan dia dengan aktres jelita, Rozita Che Wan tidak lebih hanya sebagai sahabat dan mereka tidak bercinta.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu ketika dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, dia dan Rozita hanya kawan rapat kerana sering terlibat dalam beberapa siri penggambaran.
“Kami sering terlibat dalam beberapa penggambaran bersama termasuk drama dan klip video single saya.
“Jujurnya, dia memang sekepala dengan saya dan seorang yang kelakar. Sifatnya yang mudah mesra membuatkan kami lebih rapat. Buat masa ini kami memang hanya rapat sebagai kawan,” jelasnya.
Kosmo! Ahad semalam melaporkan bahawa Rozita mengakui bahawa Shahir kini mempunyai tempat sebagai teman yang akrab di hatinya.
Menurut Shahir, 23, buat masa ini dia belum bersedia untuk memikirkan soal cinta kerana ketika ini kerjayanya baru bermula dan cintanya hanyalah kepada keluarga serta bidang seni yang disertainya.
“Saya tidak berani cakap yang saya tidak akan bercinta dengannya (Rozita) pada masa depan kerana soal jodoh hanya Allah yang tentukan. Kalau ada jodoh, saya tidak menolak tetapi apa yang ingin saya tegaskan (buat masa ini), saya memang tidak bercinta dengan dia dan saya hanya mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana ia (kerjaya) baru permulaan bagi saya,” kata Shahir dengan nada ceria.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site