Followers

Apr 25, 2011

Ashraf Muslim rancang nikah di Makkah

Posted by MohdHaz on 1:07 AM

Pelakon Ashraf Muslim kini tinggal selangkah ke alam perkahwinan setelah mengikat tali pertunangan dengan Noor Dayana Lokman, semalam. 

Majlis yang berlangsung di rumah Dayana di Gombak itu menyaksikan rombongan Ashraf menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan. 

Mereka berdua kelihatan ayu dan segak dalam persalinan berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail. 

Gadis pilihan Ashraf itu kini sedang sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. 

Menurut Ashraf, mereka merancang untuk mengadakan upacara pernikahan pada 1 Syawal ini di Tanah Suci Makkah. 

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” katanya sejurus selepas majlis pertunangan. 

Mengulas mengenai perkenalannya dengan Dayana, Ashraf berkata, dia sering berjumpa dengan calon isterinya itu di kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak. 

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan saya selesa apabila bersama dengannya. 

“Yang penting, saya tertarik dengan sikapnya yang suka merendah diri, baik hati serta sering menasihati saya,” katanya. 

Dalam majlis pertunangan itu, Ashraf turut mengadakan upacara perasmian kliniknya yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Perasmian klinik yang beroperasi sejak 11 tahun lalu itu adalah sempena penukaran nama baru setelah Ashraf menyertai rakan kongsinya yang juga bapa Dayana, Lokman Abdul Hamid.


sumber : sinarharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site