Followers

Apr 26, 2011

10 Jari Manusia Ditemui Di Tepi Landasan Stesen Kuang

Posted by MohdHaz on 1:30 AM

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.
Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.
"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.
Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site