Followers

Apr 26, 2011

Maulana Tunai Nazar Untuk Ibu

Posted by MohdHaz on 1:29 AM

Maulana bakal menjayakan sambutan hari ibu 'Ratu Hatiku' di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 Mei ini. -Foto AZLINA ABDULLAH
SHAH ALAM: Penyanyi Maulana Mohamed menunaikan nazar untuk ibunya, penyanyi pop yeh yeh 60-an, S.Mariam selepas setahun menyimpan hasrat itu ketika memasuki Akademi Fantasia musim kelapan.
Sehubungan itu, penyanyi lagu RSVP dan Muzika Melodi Cinta ini akan menganjurkan showcase sempena hari ibu yang dinamakan 'Ratu Hatiku' pada 8 Mei ini, pukul 8 malam di Pusat Konvensyen di sini.
Showcase tersebut turut menampilkan S.Mariam sebagai penyanyi jemputan dan Azrul Zaidi (Raja Lawak) untuk mengacara majlis.
"Sejak saya memasuki AF8, saya sudah bernazar untuk berkongsi pentas dengan ibu. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga usahakan impian ini sendiri dengan bantuan syarikat pengurusan acara, Lensa Creative dan sokongan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Maulana mempunyai bakat bermain gitar.
"Nama 'Ratu Hatiku' dipetik daripada senikata lagu Ibu nyanyian P.Ramlee," katanya ketika sidang media di Pusat Konvensyen di sini, Jumaat.
Maulana akan mempersembahkan hampir 20 buah lagu seperti lagu RSVP, Muzika Melodi Cinta, rangkaian lagu popular P.Ramlee dan Datuk Shiela Majid serta lagu Inggeris baru dan lama.
"Saya sudah biasa menyanyikan lagu P.Ramlee dan Shiela Majid dan merasakan lagu kedua-dua penyanyi itu sesuai dengan sasaran tetamu yang berusia antara 40 hingga 50 tahun.
"Saya juga akan memilih lagu yang berkisarkan tentang cinta yang bersifat subjektif seperti lagu Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti. Selain itu, lagu Jeritan Batinku dan Madu Tiga dari P.Ramlee, Dia dan Sinaran (Sheila) serta Just The Way You Are (Bruno Mars).
"Persembahan tersebut memang khas untuk ibu saya yang berstatus ibu tunggal dan membesarkan kami enam beradik seorang diri.
"Saya tidak sabar untuk mengabadikan kenangan itu bersama-samanya buat kali pertama di persembahan itu nanti kerana saya akan berduet dengannya dalam dua atau tiga buah lagu," ujarnya lagi.
Pihak penganjur juga akan mengundang tetamu-tetamu istimewa yang terdiri daripada warga emas dan ibu-ibu tunggal dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan.
Tambahnya: "Saya akan membuat persembahan dengan iringan muzik 'live band' menggunakan tujuh jenis alat muzik termasuk saksofon dan trumpet yang dimainkan oleh pihak Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).
"Nyanyian dengan iringan 'live band' akan membuatkan sesebuah persembahan itu lebih menyentuh jiwa."
Selain nyanyian dan hidangan makan malam, tetamu turut berpeluang menerima cenderahati, hadiah cabutan bertuah termasuk LCD dan mutiara serta 'kejutan'.
Tiket sudah mula dijual berharga RM2,500 setiap meja VIP, RM188 setiap orang (meja platinum) dan RM158 setiap orang (meja emas).
Ia boleh didapati di SACC ataupun hubungi 03-55118858 (SACC) atau 03-62099858 (Lensa Creative).
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site