Followers

Apr 30, 2011

Pencuri hati Justin Bieber

Posted by MohdHaz on 12:42 PM

Peminat marah Selena dampingi penyanyi remaja paling popularPADA awal tahun ini, gosip percintaan antara dua bintang muda, Justin Bieber dan Selena Gomez, mula bertebaran selepas gambar mereka berdua bercumbuan di atas kapal layar tersiar di alam siber.Namun, kedua-duanya bagaikan dapat mengagak apa yang bakal berlaku seandainya masing-masing mengaku memang wujud hubungan intim, lebih daripada seorang kakak dan adik, antara mereka.Maklum saja, Justin ialah penyanyi remaja lelaki paling popular di dunia ketika ini. Lalu, tentu saja dia menjadi dambaan setiap gadis di seluruh dunia. Pada usia 17 tahun, Justin bagi kebanyakan peminat wanita muda,...

Sarah Burton reka gaun Kate

Posted by MohdHaz on 12:22 PM

LONDON: Gaun pengantin berenda dan berwarna putih gading yang dipakai Kate Middleton direka oleh pengarah kreatif butik fesyen Alexander McQueen, Sarah Burton. Kate sambil tersenyum memasuki Gereja Westminster Abbey untuk bersama dengan Putera William, manakala pegawai istana mengesahkan spekulasi bahawa Sarah yang mereka gaun pengantinnya. Sebelum ini, mereka enggan mendedahkan walaupun sedikit maklumat mengenainya. “Kate inginkan gaun pengantinnya mempunyai ciri kombinasi tradisional dan moden dengan hasil artistik yang menjadi karakter rekaan Alexander McQueen,” kata pegawai itu dalam satu kenyataan. “Kate bekerjasama dengan Sarah ketika menghasilkan rekaan gaun pengantin itu,” katanya lagi. Menurut pegawai itu, gaun berkenaan diperbuat...

Majlis gilang-gemilang - Perkahwinan Diraja

Posted by MohdHaz on 12:21 PM

WILLIAM menyarungkan cincin perkahwinan kepada Kate di hadapan Ketua Biskop pada upacara perkahwinan mereka di Westminster Abbey, semalam.LONDON: Putera William mengahwini Kate Middleton dalam suasana gilang-gemilang di Gereja Westminster Abbey di London, semalam, dengan jutaan rakyat jelata dan penonton televisyen di seluruh dunia menyaksikan acara perkahwinan diraja yang terbesar di Britain sejak tiga dekad lalu. Kate memakai gaun pengantin satin putih gading yang kembang berjela dengan lengan panjang berenda dilengkapi vel jarang amat menawan ketika berdiri di altar bersama William, yang menduduki tangga kedua senarai pewaris takha di raja...

David Beckham ketuai selebriti

Posted by MohdHaz on 12:19 PM

DAVID Beckham...memegang perut isterinya yang hamil ketika mereka tiba di Westminster Abbey.MAJLIS perkahwinan kerabat diraja Britain, Putera William dengan pasangannya, Kate Middleton, semalam, bertambah seri dengan kehadiran golongan selebriti di Westminster Abbey. Mendahului senarai selebriti terkenal yang hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan yang boleh dinobatkan `Wedding of the Year’ adalah pasangan bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham yang mengenakan medal OBE pada sut Ralph Lauren berwarna kelabu bersama isterinya Victoria. Penyanyi merangkap pereka fesyen terkenal itu, Victoria yang mengandungkan anak keempat...

Umpama kisah Cinderella - Perkahwinan Diraja

Posted by MohdHaz on 12:18 PM

RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.LOS ANGELES: Perkahwinan umpama dalam kisah pari-pari antara Putera William dan Kate Middleton semalam memukau dunia dengan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia turut menonton dan meraikan majlis berkenaan. Di sebuah pub terkenal di Sunset Boulevard, Hollywood yang dihiasi Union Jack dengan model Kate dan William diletakkan di depan pintu masuk, 300 pengunjung terpaku di depan televisyen bagi menyaksikan majlis itu. “Di Hollywood memang ramai pelakon terkenal, tetapi tidak menarik perhatian kami,” kata Paula Haifley,...

‘Bob usah hipokrit, riak’

Posted by MohdHaz on 12:16 PM

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik. Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini. “Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun...

Siti Sarah disahkan hamil

Posted by MohdHaz on 12:13 PM

SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung. “Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah...

Superman lepaskan kerakyatan AS

Posted by MohdHaz on 12:12 PM

KOMIK terbaru Superman edisi Action Comics No. 900. NEW YORK - Watak adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa,Superman mengumumkan dia berhasrat untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).Adiwira itu mebuat kenyataan tersebut dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS.Dalam cerita komik adiwira tersebut, Superman yang berhijrah ke Bumi semasa zaman kanak-kanak dari Krypton dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Smallville, Kansas itu menyatakan adalah lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat Bumi.Dalam satu kenyataan...

'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

Posted by MohdHaz on 12:11 PM

ORANG ramai memenuhi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul semalam.KUALA LUMPUR - Datuk Shazryl Eskay Abdullah meneruskan niatnya melakukan sumpah laknat walaupun terdapat cubaan sabotaj para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggagalkan niat ahli perniagaan itu untuk membuktikan bahawa Anwar merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks dengan pelacor yang mula tersebar sejak 21 Mac lalu.Upacara sumpah laknat selama kira-kira lima minit itu dilakukan oleh Shazryl yang turut mewakili bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul...

Laman web jual dan beli barang cuma RM14.80

Posted by MohdHaz on 12:11 PM

LAMAN web Fiverr.com.LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam.Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video.Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para...

Bintang realiti cedera nahas

Posted by MohdHaz on 12:10 PM

RUTH PINEDA LOS ANGELES, California – Bintang program realiti LA Ink, Ruth Pineda dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas wanita tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang serius, lapor sebuah akhbar semalam.Program realiti televisyen itu memaparkan peristiwa yang berlaku di sebuah kedai melukis tatu di sini.Bintang realiti berusia 26 tahun itu dalam perjalanan untuk satu temu janji apabila sebuah trak besar merempuh sisi kereta Mercedes E300 hitam yang dipandunya.Ruth dihantar ke sebuah hospital berdekatan dengan menaiki sebuah ambulans dan dia diberikan rawatan selama 12 jam kelmarin.Menceritakan kemalangan ngeri itu melalui...

Justin Bieber Buktikan Masih Sihat

Posted by MohdHaz on 1:52 AM

Justin BieberBINTANG Pop, Justin Bieber tidak membiarkan kecederaan di punggungnya mengganggu persembahannya di Sydney, Australia.Buktinya Bieber yang berduet bersama Chris Brown mampu menarik perhatian penonton.Seperti dipetik Femalefirst, Bieber mengalami kecederaan ketika berada di Bali, minggu lalu selepas mengadakan konsert di Jakarta, Indonesia.Akibat berita kemalangan tersebut, banyak khabar angin mengatakan artis tersebut terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya di beberapa buah negara.Bagaimanapun, Bieber membuktikan bahawa berita tersebut tidak benar. Penyanyi lagu Baby ini tetap beraksi di panggung Arena City’s...

Page 1 of 17312345Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site