Followers

May 20, 2011

Zizan Nin tenang

Posted by MohdHaz on 5:38 PM

KISAH panas foto dan video aksi lucah selebriti tanah air bukan lagi isu baharu untuk diperdebatkan. Malah setiap kali ia tersebar, sekelip mata sahaja ia menjadi sensasi dan mencetuskan kekecohan dalam kancah seni tempatan.
Lihat sahaja kesan negatif yang menimpa wajah-wajah ternama yang tidak berfikir panjang dengan merakamkan aksi ranjang mereka buat koleksi peribadi.
Contoh ketara ialah apabila vokalis grup Peter Pan, Ariel dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit mengedar dan merakam video hubungan seksnya bersama Cut Tari dan Luna Maya.
Jelas ia bukan tindakan bijak malah akhirnya memakan diri apabila tanpa disedari bahan-bahan itu didedahkan di internet dan di dada-dada akhbar meragut maruah mereka sebagai insan yang disanjung peminat-peminat setia selama ini.
Begitu jua dengan anak seni bernama Zizan Nin. Walaupun telah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu, ia bukan satu imuniti buat lelaki berusia 38 tahun itu untuk tidak dihimpit kontroversi serupa.
Berdesing telinga suami kepada penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun itu apabila diutarakan persoalan yang merentap emosinya sebagai seorang aktor yang selama ini memegang imej bersih tanpa gosip liar.
Khabar angin tentang kewujudan sebuah video yang memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki kini hebat diperkatakan malah turut dikaitkan sebagai punca goyangnya mahligai perkahwinan yang baru sahaja dibina.
Sebagai seorang profesional, Zizan tidak memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada diburu media bahkan menyambut baik soalan-soalan berkait isu panas itu agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya melabelkan dirinya sebagai lelaki songsang.
Kosmo!(K): Bilakah kali pertama Zizan diberitahu tentang kewujudan video tersebut?
Zizan(Z): Saya diajukan soalan berhubung video tersebut ketika saya hadir di majlis bersama peminat 14 Mei lalu.
Apakah reaksi Zizan ketika itu?
Saya tidak mengambil serius kerana mungkin ia sekadar usikan dan tidak bermakna apa-apa.
Tetapi setelah isu ini mendapat liputan meluas oleh media, adakah Zizan akan berdiam diri sahaja?
Saya terkejut apabila perkara ini tiba-tiba keluar di radio dan blog-blog hiburan tetapi saya tidak cepat melenting dan akan menunggu sehingga keadaan benar-benar memaksa saya untuk mengambil tindakan.
Adakah Zizan akan membuat laporan polis?
Tidak untuk ketika ini kerana saya tidak mengetahui kebenaran di sebalik kewujudan video tersebut dan mungkin video tersebut tidak pernah ada.
Adakah Zizan mengesyaki mana-mana individu yang cuba menimbulkan spekulasi sebegini bagi menjatuhkan karier Zizan?
Tidak tahu pula dan saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menyebut nama-nama tertentu. Mungkin ada segelintir yang tidak suka kepada saya tetapi apa boleh saya buat kalau orang memilih untuk tidak menyukai saya.
Pandangan Zizan sekiranya video itu benar-benar ada dan pelaku di dalam video itu mirip Zizan?
Dalam zaman berteknologi tinggi sekarang macam-macam orang boleh buat, terutamanya foto yang dipalsukan, sukar untuk kita membezakan mana satu yang betul dan yang tidak. Tetapi dalam situasi saya ia melibatkan video jadi agak sukar untuk memalsukan wajah seseorang di dalam rakaman video namun saya tidak mengatakan ia mustahil untuk dilakukan.
Kesan berita ini terhadap rumah tangga Zizan?
Sudah tentu isteri saya bertanya macam-macam dan mempersoalkan bagaimana berita sebegini boleh timbul tetapi kami masih lagi tenang dan menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site