Followers

May 20, 2011

Mesej Osama selepas mati ditembak

Posted by MohdHaz on 5:38 PM



GAMBAR yang disiarkan daripada rakaman video Kumpulan Perisikan SITE 
menunjukkan imej Osama bin Laden semasa mesej ketua Al-Qaeda itu 
diperdengarkan.


WASHINGTON - Kumpulan Al-Qaeda kelmarin menyiarkan satu mesej di Internet daripada Osama bin Laden yang mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan pada awal bulan ini.
Dalam mesej itu, Osama memuji revolusi di Mesir dan Tunisia serta mendesak umat Islam mengambil kelebihan tersebut sebagai peluang terbaik untuk bangkit semula.
Menurut Kumpulan Perisikan SITE, mesej audio selama 12 minit 37 saat itu disiarkan di forum jihad sayap media Al-Qaeda, Al-Sahab.
Namun Osama tidak menyentuh mengenai pergolakan yang berlaku di Libya, Syria dan Yemen.
Menurut SITE, satu kenyataan awal Al-Qaeda menyatakan Osama membuat rakaman audio itu seminggu sebelum dia mati ditembak oleh komando tentera AS di Abbottabad, Pakistan.
Dalam mesej tersebut, ketua Al-Qaeda itu menyarankan pembentukan satu majlis bagi menawarkan nasihat revolusi dan memutuskan masa yang paling baik untuk menyebarkan revolusi di seluruh dunia Islam.
"Kelewatan mungkin menyebabkan peluang bakal hilang dan melaksanakan (revolusi) sebelum masa yang sesuai akan meningkatkan jumlah korban," kata rakaman suara Osama itu.
Osama menyimpulkan mesejnya dengan meminta para pengikutnya meyelesaikan semua kerja yang sudah dimulakan dengan menyatakan kemenangan bakal menyusul. - AFP
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site