Followers

May 17, 2011

Treler mewah Smith

Posted by MohdHaz on 10:57 AM

BUKAN CALANG-CALANG...treler dua tingkat digunakan Smith untuk kemudahannya ketika menjalani penggambaran filem Men In Black 3 di New York.

MEWAH...selain ruang luas, treler ini dilengkapi dua televisyen plasma besar dan skrin 100 inci.
MEWAH...selain ruang luas, treler ini dilengkapi dua televisyen plasma besar dan skrin 100 inci.
BUKAN CALANG-CALANG...treler dua tingkat digunakan Smith untuk kemudahannya ketika menjalani penggambaran filem Men In Black 3 di New York.


KATA orang Hollywood, semakin besar treler dibawa seseorang pelakon, semakin hebatlah statusnya di dalam dunia seni.
Dan Will Smith membuktikan hakikat itu apabila dia meletakkan treler peribadinya di tepi jalan di tengah kota raya New York ketika dia menjalani penggambaran filem Men In Black 3.
Smith menempatkan dua treler mewahnya di kawasan Soho dengan satu daripadanya berisi peralatan gimnasium untuk kegunaan aktor itu.

Satu lagi treler menempatkan kemudahan kediaman Smith, 42, ketika dia - pada masa sama - menyewa sebuah apartmen luas yang terletak kira-kira satu kilometer saja dari situ.

Treler yang menjadi tempat rehat Smith itu seluas 1,150 kaki persegi, dilengkapi dua bilik tidur, dua bilik mandi dan dua televisyen plasma - masing-masing sebesar 50 dan 37 inci.

Turut disediakan di situ adalah skrin sebesar 100 inci.

Treler gimnasium Smith juga tidak kurang hebatnya - sepanjang 55 kaki.

Secara bandingan, treler Smith itu lebih luas berbanding flat sederhana di New York.

Sumber berkata, treler berkenaan - digelar The Heat - disewa pada harga kira-kira RM27,000 seminggu.

Ia sesuai dengan kemudahan dan kemasan yang ada.

Lantai treler berkenaan dipasang marmar sepenuhnya, selain satu ruang lebih kecil untuk dijadikan pejabat pembantu Smith.

Untuk menggerakkannya, treler 30 tan dan sepanjang 53 kaki itu dipasang 22 roda.

Ketika rombongan produksi filem Men In Black 3 itu tiba di kawasan berkenaan, ada kira-kira 25 lori dibawa bersama.

Treler itu dikeluarkan syarikat Anderson Mobile Estates.

Dengan menekan satu punat, ketinggian treler berkenaan boleh digandakan dua kali dalam tempoh hanya 30 saat.

Menurut sumber, kos setiap satu treler itu kurang daripada RM6 juta.

Katanya, hiasan dalaman bahagian dapur treler itu menggunakan kayu Itali.

Di dalamnya juga disediakan ruang untuk Smith bermekap atau menukar pakaian.

Di bahagian atas, ia menempatkan satu ruang pejabat yang mencukupi bagi kira-kira 30 orang.

Tidak jauh dari situ - di Jalan Bond - Smith menyewa sebuah apartmen lima bilik pada harga RM75,300 sebulan.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, walaupun treler berkenaan besar dan memakan ruang yang banyak, pelakon terbabit tidak melanggar sebarang undang-undang. - DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site