Followers

May 17, 2011

Jejak Osama bin Ladin: 'Osama Superhero Islam'

Posted by MohdHaz on 10:53 AM

RUMAH dua tingkat (anak panah) yang menjadi lokasi persembunyian Osama  di Pekan Bilal dikawal ketat  pasukan polis dan tentera.
RUMAH dua tingkat (anak panah) yang menjadi lokasi persembunyian Osama di Pekan Bilal dikawal ketat pasukan polis dan tentera.
Penduduk tempatan yakin dia masih hidup terus berjihad

DIGELAR ‘Superhero Islam’ oleh penduduk tempatan, Osama Bin Laden diyakini masih hidup dan akan terus berjihad walaupun dunia Barat menganggapnya sebagai pengganas.


ni kerana bagi sesetengah penduduk Bilal Town, di sini yang menjadi lokasi persembunyiannya sejak lima tahun lalu, berita pembunuhan pemimpin Al-Qaeda itu tidak lebih daripada sekadar sandiwara Amerika Syarikat (AS).
Malah, kebanyakannya tidak percaya individu paling dikehendaki itu berjaya dibunuh oleh komando AS dalam satu operasi sulit di rumah persembunyiannya di sini pada 2 Mei lalu.

Pendawai elektrik, Naim Mirdas, 42, berkata pembunuhan itu lebih dilihat sebagai 'drama aksi' yang berjaya memperdayakan masyarakat antarabangsa, terutama rakyat AS.

“Percayalah... Osama masih hidup. Bukan Osama yang mati ditembak tempoh hari. Ini semua propaganda AS untuk memberi imej buruk kepada Islam dan mengaitkannya dengan aktiviti pengganas. AS sanggup melakukan apa saja, termasuk memperdayakan masyarakat dunia dalam mencapai cita-cita mereka tetapi helah itu tidak menjadi di sini,” katanya.

Osama juga, katanya, dipercayai tidak berada di rumah persembunyiannya ketika serangan dilakukan, malah berkemungkinan besar tidak berada di Pakistan seperti didakwa. 


Sementara itu, peniaga, Hussein Muhammad, 32, berkata jika benar Osama sudah dibunuh, semangat jihadnya akan terus kekal dan menjadi legasi perjuangan Islam di seluruh dunia.

Beliau yang mengusahakan kedai runcit berhampiran rumah persembunyian Osama, bagaimanapun mengakui pernah melihat lelaki mirip individu terbabit di kawasan berkenaan.

“Susah mahu percaya atau tidak (Osama sudah mati). Kalau anda tanya penduduk di sini, semua tidak percaya Osama sudah mati," katanya.

Yang pasti, selagi keputusan DNA dan gambar sebenar mayat yang didakwa sebagai Osama tidak didedahkan oleh AS, cerita kematiannya akan terus menjadi misteri.

Pengebumian mayat di laut, yang dianggap sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam menimbulkan lagi tanda tanya hingga ramai beranggapan ia satu teori konspirasi AS.



sumber : bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site