Followers

May 2, 2011

Lindsay mengaku kecewakan peminat

Posted by MohdHaz on 12:56 PM

BINTANG bermasalah Lindsay Lohan meluahkan pandangan secara jujur mengenai hukuman penjara empat bulan yang dihadapinya, baru-baru ini.

Bercakap kepada Jay Leno dalam program Tonight’s Show with Jay Leno, pelakon Mean Girls itu mengakui: “Saya melakukan banyak keputusan yang tidak wajar dan saya terpaksa menerima padahnya.” 
Lindsay muncul tanpa dirancang dalam rancangan itu dan bercakap mengenai hukuman yang diterimanya pada hari ‘Good Friday’ yang cukup ironi.

“Saya agak terkejut, saya tidak menyangka hukuman yang diterima seberat itu.

“Namun, saya sudah dewasa dan akan mengikuti semua arahan yang dikenakan. Saya akan bertanggungjawab,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia tidak mendapat keadilan sewajarnya, Lindsay - tanpa diduga - berkata: “Saya rasa saya diadili sebagaimana saya patut diadili.”

Dan mengenai hukuman penjara, dia berkata: “Ia adalah pengalaman menarik dan tentunya menyedarkan saya. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.”

Dia menambah: “Saya bukan budak kecil lagi. Saya sudah 24 tahun, saya sudah melakukan banyak kesilapan dan saya sedar tentang itu.

“Saya rasa saya banyak mengecewakan peminat dengan membiarkan diri terjebak dengan masalah pada usia muda dan tidak berfikir panjang,” tambahnya.

“Saya hanya ingin mencapai impian saya - menjadi aktres dalam industri lakonan filem serta melakukan apa yang saya suka, membawa watak yang boleh dirujuk masyarakat. Peminat saya benar-benar memberi sokongan padu terhadap kerjaya saya.”

Leno memberitahu Lindsay bahawa Jane Fonda, tetamu dalam rancangan itu dan pelakon yang berlakon bersama Lindsay dalam filem Georgia Rules, mengulasnya sebagai seorang daripada aktres muda terbaik yang pernah bekerja dengannya.
“Ulasannya tentang saya menakjubkan,” kata Lindsay.

“Saya sudah jelas sekarang, selagi saya fokus, saya mampu mencapai apa yang dicita-citakan.”

Lindsay menerima penghormatan daripada hadirin yang berdiri menyokongnya ketika dia berkata demikian dalam wawancara itu.

Dia juga memberitahu Leno, hukuman diterimanya ‘mengejutkan’ dan membuatkan dia ‘terkedu’.

Leno kemudian bertanyakan Lindsay: “Bila anda menyedarinya?

“Saya rasa apabila kita muda dan berada dalam kedudukan selesa, kita tidak menghargai apa yang kita miliki dan waktu berlalu dengan pantas hinggalah orang lain membuat keputusan untuk kita,” katanya.

Leno juga bertanya mengenai sokongan yang diperolehnya berikutan ‘zaman kanak-kanaknya yang agak pelik’.

“Menyeronokkan,” celah Lindsay memperbetulkan ungkapan Leno.

“Ibu saya memang hebat, dia sangat tabah. Adik saya ada bersama saya...saya
di kelilingi insan yang baik dalam hidup ini,” jelasnya.

“Bagaimana dengan bapa anda, Michael Lohan?,” tanya Leno.

“Adakah saya perlu menjawabnya?...kerana saya tidak mahu. Saya mohon tidak ingin menjawabnya.”

Leno juga sempat bertanya Lindsay mengenai kehidupan cintanya.

“Anda selalu mengajukan soalan cinta!,” bantah Lindsay.

“Saya tidak bercinta dengan sesiapa saat ini...dulu saya tidak suka bersendirian, tetapi saya benar-benar menghargai masa bersendirian sekarang. Ia berlaku apabila anda meningkat dewasa, anda menghargai waktu apabila anda dapat bersendirian...saya belajar untuk mencintai diri sendiri.”

Pelakon optimis itu berfikiran positif bahawa dia mampu mengubah haluan hidupnya. Apabila Leno bertanya di mana kedudukannya apabila berusia 30 tahun kelak - enam tahun dari sekarang.

Dia menjawab: “Harap-harap, duduk di sini selepas memenangi Oscar.”

Menurut laman Radaronline.com, Lindsay akan menjalani khidmat masyarakat selama 360 jam di Pusat Wanita Los Angeles.

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site