Followers

May 2, 2011

Keluarga Kate habis RM1.25j

Posted by MohdHaz on 12:55 PM

LONDON: Selepas hari yang panjang dan semalaman meraikan perkahwinan anak mereka, keluarga Middleton akhirnya meninggalkan Hotel Goring yang bertaraf lima bintang, semalam.
Spekulasi mengenai kedudukan kewangan keluarga itu menjadi tanda tanya ekoran perbelanjaan perkahwinan yang dikeluarkan menjangkau hingga 250,000 paun (RM1.25 juta).

Bil untuk bayaran penginapan eksklusif di bilik hotel terbabit saja dianggarkan bernilai 85,000 paun (RM425,000). Suite diraja, tempat Kate menginap pada beberapa malam terakhir sebagai anak dara amat eksklusif dan harganya tidak didedahkan.
Keluarga Middleton meninggalkan hotel itu dua jam selepas rakan dan saudar-mara mereka pulang, diikuti oleh Putera Harry bersama teman wanitanya, Chelsy Davy. Pasangan itu tiba selepas parti untuk William dan Kate di Istana Buckingham selesai, awal pagi semalam. Tempahan dua hari di Hotel Goring yang dibuat keluarga Middleton termasuk bilik eksklusif dan ruang makan yang direka anak saudara Ratu Elizabeth, David Linley dipercayai berjumlah ratusan ribu paun. Harga bilik sutera yang indah itu untuk semalam adalah 1,525 paun (RM7,625) ditambah dengan cukai 20 peratus.

Keluarga itu juga membayar 25,000 paun (RM125,000) untuk dua parti di hotel berkenaan. Khamis lalu, Kate menganjurkan makan bufet untuk 120 rakan dan ahli keluarganya. Selepas majlis Jumaat lalu, Carole dan Michael mengadakan parti perkahwinan besar-besaran untuk lebih ramai tetamu jemputan. Menu restoran di hotel itu untuk sajian Beluga caviar adalah 400 pound (RM2,000) setiap 100 gram, manakala sebotol champagne Dom Perignon pula berharga 1,530 paun (RM7,650).

Walaupun jika tetamu keluarga Middleton membayar sendiri bilik hotel mereka dan mendapat potongan harga, jumlah yang perlu dibayar keluarga itu ialah sekitar 100,000 paun (RM500,000).
Pihak hotel enggan mendedahkan kos yang perlu ditanggung keluarga Kate.

Sementara itu, gaun pengantin Kate yang direka Sarah Burton berharga 40,000 paun (RM200,000). Pakaian Carole rekaan Catherine Walker - 10,000 paun (RM50,000) dan gaun Pippa yang juga direka Sarah berharga 20,000 paun (RM100,000). Anting-anting Kate daripada Robinson Pelham dianggar bernilai 15,000 paun (RM75,000). Loket dan anting-anting Carole, subang Pippa dan hiasan emas pada tali leher Michael dan James berharga 30,000 paun (RM150,000) Perunding Persatuan Akauntan Berkanun, Chas Roy-Chowdhury berkata, jumlah perbelanjaan 1.25 juta menunjukkan keluarga Middleton tidak mempunyai masalah mengumpulkan wang sebanyak itu. - Agensi

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site