Followers

May 6, 2011

Lee DeWyze (Juara American Idol 9) Datang KL

Posted by MohdHaz on 4:40 PM

Lee DeWyze
KUALA LUMPUR: Juara American Idol musim kesembilan (AI9) Lee DeWyze, 26, akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 17 Mei ini untuk mempromosikan album pertamanyaLive It Up.
Penyanyi kelahiran Mount Prospect, Illinois, Amerika Syarikat itu akan membuat persembahan istimewa di pusat beli-belah Subang Parade, Selangor pada pukul 4 petang pada tarikh tersebut.
Para peminat juga berpeluang untuk mendapatkan autograf penyanyi itu pada hari persembahan.
Bersempena dengan kunjungan pertama penyanyi lagu Sweet Serendipity itu ke Kuala Lumpur, pihak Sony Music memberikan peluang kepada peminat setia DeWyze untuk bersiar-siar dengannya sekitar ibu kota.
Bermula Isnin depan (9 Mei), stesen radio Mix FM akan menganjurkan peraduan sempena kehadirannya itu.
Sebelum ini, dua bintang AI iaitu Kris Allen dan Adam Lambert pernah membuat persembahan di Malaysia.
Album Live It Up kini berada di pasaran edaran Sony Music Malaysia.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site