Followers

May 6, 2011

Filem Hindi Hebat Di TV3 Bermula Mei

Posted by MohdHaz on 4:39 PM

Shah Rukh Khan
PETALING JAYA: Stesen Televisyen TV3 bakal menyiarkan filem-filem terbaik Hindi sepanjang bulan Mei dan Jun ini di slot Panggung Sabtu.
Ia bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan ulang tahun ke 27 stesen tersebut.
Sebanyak lapan buah filem terbaik bermula tahun 1992 iaitu Nishchaiy hingga terbaru Billu Barber & Milenge Milenge pastinya membawakan pelbagai mesej termasuk pergolakkan persahabatan, konflik keluarga dan dilema percintaan.
Selain itu, filem-filem terbaik daripada aktor popular Shah Rukh Khan iaitu Dil To Pagal Hai dan Dilwale Dulhania Le Jayenge yang pernah menjadi fenomena akan turut disiarkan.
Turut menyerikan lagi slot Panggung Sabtu, gadingan Aamir Khan dan Kajol dalam filemFanaa, Saif Ali Khan dan Rani Mukherjee dalam Hum Tum, Anil Kapoor dan Preity Zinta dalam Armaan.
Saksikan sajian filem-filem terbaik Hindi di slot Panggung Sabtu, setiap Sabtu, bermula pukul 2 petang.
Dilwale Dulhania Le Jayenge – 7 Mei (Istimewa Hari Ibu)
Ia Mengisahkan tentang Raj seorang yang periang, kaya raya dan merupakan generasi kedua NRI manakala Simran, anak perempuan Chaudhary Baldev Singh yang sangat mementingkan tradisi masyarakat India.
Raj dan Simran ditemukan ketika sama-sama mengikuti perjalanan ke Eropah, dari gurau senda dan gelak tawa mereka berakhir dengan percintaan.
Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Amrish Puri, Farida Jalal, Anupam Kher, Satish Shah.
Nishchaiy – 14 Mei
Filem mengisahkan mengenai dua beradik iaitu Ravi dan Rohan Yadav yang terpisah. Ravi telah dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan jenayah yang tidak pernah dilakukan olehnya. Teman baik Renuka, Yashoda, mengambil Rohan sebagai anak angkat.
Selepas beberapa tahun, Ravi dilepaskan dari penjara. Ravi mendapat tahu bahawa Renuka masih hidup namun telah hilang ingatan.
Pelakon: Vinod Khanna, Salman Khan, Karisma Kapoor, Sonu Walia, Reema Lagoo.
Fanaa – 21 Mei
Zooni Ali Beg dilahirkan dalam keadaan buta namun dia bukan seorang yang lemah semangat.
Dia keluar dari rumah dan mengembara bersendirian ke kotaraya New Delhi tanpa kedua ibu bapanya, Zulfikar dan Nafisa. Di sana, Zooni telah bertemu dengan Rehan Khan, seorang pemandu pelancong tempatan.
Pelakon: Aamir Khan, Kajol, Tabu, Shiney Ahuja, Jaspal Bhatti, Ali Haji.
Hum Tum – 28 Mei
Karan Kapoor dan Rhea Prakash bertemu buat pertama kalinya ketika mereka berdua dalam perjalanan ke New York dari New Delhi. Rhea tidak selesa akan sikap Karan manakala Karan merasakan Rhea terlalu serius hinggakan tidak dapat menerima gurauan.
Karan, seorang kartunis yang berjaya, pergi ke Paris untuk melawat ayahnya. Di sana mereka berdua dipertemukan lagi buat kali ketiga tetapi kali ini Rhea keseorangan. Apakah yang bakal Karan lakukan?
Pelakon: Saif Ali Khan, Rani Mukherjee, Kiron Kher, Rati Agnihotri, Rishi Kapoor, Jimmy Shergill, Abhishek Bachchan.
Dil To Pagal Hai – 4 Jun
Rahul merupakan penari dan pengarah muzik yang berjaya. Salah seorang penari dan teman rapatnya, Nisha memendam perasaan terhadap Rahul.
Ketika sedang berlatih, kaki Nisha telah tercedera dan Rahul perlu mencari pengganti. Rahul mengambil Pooja. Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Tanpa disangka, Rahul dan Pooja menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Namun, Rahul tidak mengetahui bahawa Pooja sudahpun bertunang. Apakah berlaku seterusnya?
Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar, Murad Ali, Hemlata Deepak, Aruna Irani.
Milenge Milenge – 11 Jun
Priya Malhotra, seorang yatim piatu yang mengidamkan sebuah keluarga dan pasangan hidup yang sempurna. Sunita Rao, meramalkan Priya akan bertemu dengan pasangannya selepas tujuh hari mengembara di negara asing.
Priya mengambil keputusan untuk menyertai Festival Belia di Bangkok. Di situlah Priya bertemu dengan Amit, seorang yang sangat bertentangan dengan lelaki yang diimpikannya. Apakah yang berlaku kemudian?
Pelakon: Kareena Kapoor, Shahid Kapoor, Aarti Chhabria, Delnaaz Paul, Satish Shah.
Armaan – 18 Jun (Istimewa Hari Bapa)
Filem ini menceritakan tentang Dr Siddharth Sinha dan anaknya, Dr Akash Sinha. Kedua-dua mereka bekerja di hospital yang ditubuhkan oleh Siddharth.
Siddharth mendedikasikan masanya bersama pesakit di hospital. Tak lama selepas Dr Neha Mathur muncul dalam hidup Akash, Siddharth meninggal dunia. Akash tetap mahu mengotakan impian bapanya. Kehadiran Sonia Kapoor mengubah segalanya antara Akash dan Neha.
Akash berada dalam dilema, apakah pilihannya? Masa depan hospital bapanya atau cinta untuk Neha?
Pelakon: Amitabh Bachchan, Anil Kapoor, Preity Zinta, Gracy Singh, Aamir Bashir, Randhir Kapoor.
Billu Barber – 25 Jun
Billu Barber menceritakan tentang seorang tukang cukur miskin bernama Billu yang mempunyai isteri iaitu Bindiya dan dua orang anak, Gunja dan Ronak.
Namun, segalanya seakan berubah apabila bintang Bollywood iaitu Sahir Khan membuat penampilan di dalam sebuah filem yang dirakam di kampung Billu sekeluarga tinggal.
Sehinggalah pada suatu hari, Sahukaar Daamchand, ahli perniagaan terkenal datang bertemu Billu dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa sendiri dengan Sahir.
Pelakon: Irrfan Khan, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Om Puri, Rajpal Yadav, Asrani, Kareena Kapoor, Deepika Padukone.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site