Followers

May 7, 2011

Kekasih Dicaprio berbogel untuk majalah

Posted by MohdHaz on 10:31 AM

LONDON – Model terkenal Israel, Bar Refaeli berbogel untuk satu penggambaran majalah GQ Italia isu bulan Mei dengan tema perang, tujuh tahun selepas dia berjaya mengelak daripada terlibat dalam khidmat ketenteraan di tanah kelahirannya, lapor sebuah akhbar semalam. 
Dalam sesi penggambaran itu, Refaeli yang berusia 25 tahun hanya memakai topi keledar dan seluar pendek. Halaman dalam pula memaparkan aksi-aksi mengghairahkan dengan dia menggunakan tali pinggang peluru sebagai latarnya. 
Refaeli turut menghantar gambar-gambar tersebut ke laman Twitter. Dia berjaya mengelak daripada menjalani latihan ketenteraan dengan berkahwin. Dalam temu ramahnya dengan GQ, Refaeli berharap Israel ‘aman dan makmur’. 
Menjadi model dan pelakon, Refaeli terkenal dengan hasil kerja modelnya selain hubungannya dengan pelakon Leonardo DiCaprio (gambar kecil). Dia juga pernah tampil sebagai gadis muka depan isu baju renang majalah Sports Illustrated pada tahun 2009.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site