Followers

May 21, 2011

Kate Hudson Mahu Hamil Setiap Hari

Posted by MohdHaz on 12:40 AM

MESKI belum melahirkan anak pertama dari tunangannya, Matthew Bellamy, Kate Hudson (gambar) selalu berharap dia sentiasa hamil setiap hari. Bahkan, dia mengaku sudah tidak sabar untuk mempunyai anak lagi.
"Saya sudah tidak sabar untuk memiliki seorang anak lagi. Betapa senangya saya jika boleh hamil setiap saat," ujar Kate menurut Showbiz Spy, Jumaat.
Bintang Almost Famous itu sangat bersemangat untuk memiliki anak. Segala persiapan telah dilakukan untuk menyambut kelahiran anaknya.
"Saya terlalu ingin memiliki anak lagi untuk memeriahkan keluarga kami. Saya benar-benar tidak sabar menunggu kelahiran anak kami ini. Kita lihat saja nanti bila anak ini keluar dari rahimku. Apakah matanya akan terbuka atau tertutup," katanya dengan semangat.
Sebelum ini, Kate Hudson telah memiliki seorang anak bernama Ryder yang kini berumur tujuh tahun dari perkahwinannya terdahulu dengan Chris Robinson.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site