Followers

May 21, 2011

5 Skandal Terpanas Selebriti Dunia

Posted by MohdHaz on 12:41 AM

PASANGAN artis terkenal Hollywood tidak pernah lepas dari skandal.
Zimbio menyenaraikan lima skandal terpanas melibatkan selebriti dunia, Khamis.
1. Arnold Schwarzenegger
Saat ini Arnold Schwarzenegger sedang menjadi perhatian. Setelah memutuskan untuk bercerai dengan isterinya, Maria Shriver, Arnold mengakui telah curang dengan beberapa wanita. Bahkan, bintang 'Terminator' itu telah memiliki anak dari salah seorang teman wanitanya.
Bekas Gabenor California itu juga sudah mengakui hal tersebut kepada isteri. Dan, sepertinya hal itu yang menjadi penyebab perceraian Arnold dan Maria.
2. Jesse James
Aktres Sandra Bullock juga telah bercerai dengan suaminya, Jesse James setelahmengetahui suaminya curang. Bintang 'The Blind Side' itu meninggalkan rumah yang didudukinya bersama Jesse, di California, Amerika Syarikat pada 15 Mac tahun lalu.
Sandra dan Jesse berpisah pada Mac 2010.
3. Brad Pitt
Brad Pitt pernah mengaku tidak pernah mempunyai hubungan intim dengan Angelina Jolie sebelum dia bercerai dengan Jennifer Aniston.
Penggambaran filem 'Mr & Mrs Smith' yang dibintangi oleh Angelina Jolie dan Brad Pitt membuat kedua-duanya jatuh cinta. Walaupun pada awalnya mereka mengelak, sekarang kedua-duanya sudah rasmi sebagai pasangan kekasih.
4. Hugh Grant
Hugh Grant dikhabarkan ditangkap berdua-duaan ketika sedang bercinta dengan seorang pelacur? Itulah yang menjadi salah satu kesalahan Grant sehingga berpisah dengan kekasihnya, Elizabeth Hurley.
Padahal, dia dan Hurley sudah hidup bersama selama 13 tahun.
5. Ryan Phillippe
Reese Witherspoon mengaku bercerai dengan Ryan Phillippe setelah tujuh tahun berkahwin pada tahun 2006 lalu. Khabar angin mengatakan, perceraian tersebut kerana hubungan skandal Ryan dengan Abbie Cornish.
Meski sudah bercerai sejak 2008 lalu, Ryan dan Reese masih menjalin hubungan baik. Mereka sama-sama mengasuh kedua-dua anaknya yaitu Ava, 11 dan Deacon, 7.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site