Followers

May 4, 2011

Astro Cari Peserta 'Mari Menari'

Posted by MohdHaz on 12:39 AM

Azlin Reza Azmi
PETALING JAYA: Stesen televisyen berbayar Astro sedang mencari bakat-bakat baru bagi menjayakan rancangan realiti Mari Menari musim kedua yang akan bersiaran pada 12 Jun depan menerusi saluran Astro Ria.
Uji bakat tersebut akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, individu yang hendak menyertai rancangan berkenaan tidak semestinya berkebolehan menari tetapi perlulah ceria dan mempunyai minat mendalam dalam seni tari.
“Kami mendapati bidang tarian sering mendapat perhatian orang ramai sehingga membuatkan musim kedua ini diterbitkan.
“Malah lebih penting maklum balas yang kami terima daripada bekas peserta, hubungan mereka menjadi lebih rapat selepas menyertai rancangan berkenaan,” katanya,
Azlin berkata, mereka yang berminat menyertai rancangan itu hendaklah berusia 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah bagi pasangan yang sudah berkahwin berserta gambar terkini berukuran 4R.
Katanya, mereka juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai.
Pada tahun lalu peserta bernama Razif memenangi rancangan berkenaan yang melayakkan dia membawa pulang sebuah kondominium mewah, The Havem di Ipoh bernilai hampir RM350,000.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site