Followers

Apr 25, 2011

William minta tempoh 2 tahun

Posted by MohdHaz on 1:00 PM

WILLIAM mahu contohi perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philips.
WILLIAM mahu contohi perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philips.
LONDON: Putera William dan bakal isterinya, Kate Middleton akan memperuntukkan masa dua tahun sebelum Kate dibenarkan melakukan tugas rasmi bagi mengelak tekanan seperti mana dihadapi Puteri Diana, lapor satu kenyataan, semalam.
William meminta penangguhan bagi membolehkan bakal isterinya bersedia sebelum menempuh jadual ketat kehidupan memenuhi tanggungjawab sosial. Tindakan itu diambil bagi mengelakkan Kate menerima nasib serupa seperti Diana sejurus selepas dia mengahwini Putera Charles. Puteri malang itu menjalankan tugas awamnya sejurus selepas majlis perkahwinannya pada 1981.

Pasangan itu berpisah 11 tahun kemudian sebelum bercerai pada 1996.
William mahu mengikut contoh yang ditentukan Ratu Elizabeth. Satu sumber istana berkata: “Putera William dan Kate akan mengikut contoh perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philip.

“Mereka mempunyai hubungan yang kukuh dan William berminat untuk mengukuhkan perkahwinannya sebelum memikul tanggungjawab terhadap masyarakat.” Ketika Ratu Elizabeth berkahwin dengan Philip, Duke of Edinburgh, dia adalah isteri anggota tentera laut di Malta di mana suaminya adalah pegawai di kapal laut HMS Chequers. Ratu Elizabeth menjelaskan waktu itu adalah detik-detik bahagia dalam kehidupannya.

William sudah membincangkan rancangan itu dengan neneknya dan dia serta Kate hanya akan membuat penampilan bersama sebanyak dua kali selepas bulan madu mereka. Ia kemudian disusuli lawatan rasmi pertama ke luar negara di mana mereka akan berkunjung ke Kanada selama lapan hari. - Agensi

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site