Followers

Apr 29, 2011

William, Kate diasing

Posted by MohdHaz on 12:19 PM

LONDON: Bakal pengantin diraja, Putera William dan Kate Middleton malam tadi diasingkan menjelang perkahwinan mereka hari ini.

Mereka hanya akan bertemu di altar dalam Westminster Abbey apabila upacara perkahwinan itu bermula jam 11 pagi (6 petang waktu Malaysia). Malam tadi, Kate menghabiskan malam terakhirnya sebagai anak dara bersama keluarganya di Hotel Goring, hotel mewah berhampiran Westminster Abbey.

William pula menghabiskan malam terakhirnya sebagai lelaki bujang dengan makan malam bersama bapanya, Charles, ibu tiri, Camilla Parker dan adiknya, Harry, di Clarence House.

Sementara itu, pihak Hotel Goring tidak mendedahkan caj sewa bilik yang dikenakan pada keluarga Kate. Namun, caj yang dikenakan untuk setiap 71 kamar dan suite biasanya ialah antara 410 paun (RM2,033) dan 1,525 paun (RM7,565.) Kate dijadual meninggalkan hotel berkenaan pada jam 10.51 pagi (5.51 petang waktu Malaysia) untuk melangsungkan perkahwinannya di Westminster Abbey.

Sementara itu, Kate tiba di gereja itu semalam untuk menjalani raptai terakhir dengan mendapat sorakan orang ramai yang berkhemah di situ. Dia disertai pengiring bakal pengantin lelaki, Putera Harry dan juga pembantunya serta anggota keluarga untuk sesi latihan terakhir sebelum hari bersejarah itu berlangsung hari ini dengan disaksikan oleh kira-kira dua bilion penonton di seluruh dunia.

Dalam pada itu, beribu-ribu orang, termasuk dari luar negara, berkhemah di luar Westminster Abbey, seolah-olah terdapat karnival di situ.
Mereka bersorak sambil mengibarkan Union Jack, sebaik Kate dan rombongannya tiba untuk majlis raptai.

Sementara itu, William membuat kejutan dalam membuat pilihan pakaian seragam tentera untuk majlis perkahwinannya.

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site