Followers

Apr 29, 2011

Kate impi pikat William sebelum di universiti

Posted by MohdHaz on 12:19 PM

JOHANNESBURG: Kate Middleton dikatakan menaruh hati kepada Putera William walaupun sebelum bertemunya di universiti.

Cal Tomlinson, warga Afrika Selatan yang menjadi penyelia Kate ketika dia menjalani latihan musim cuti di syarikat kapal layar Challenge Business pada 2001 berkata, Kate memang menyimpan perasaan terhadap William sebelum memulakan pengajian di St Andrews.

“Kate tidak bercakap kosong ketika dia memberitahu ingin melanjutkan pengajian di Universiti St Andrews di Scotland dan menambat hati William adalah satu daripada impiannya,” kata Tomlinson kepada akhbar The New Age. Kate tidak mempedulikan pekerja lain dan Tomlinson berkata dia pernah menasihati mereka yang jatuh hati pada bakal puteri itu. 

“Saya terpaksa menasihati seorang rakan sekerjanya bahawa dia hanya membuang masa kerana Kate mempunyai sasaran yang lebih besar,” katanya. - AFP

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site