Followers

Apr 25, 2011

Sharnaaz Ahmad Meniti Populariti

Posted by MohdHaz on 12:46 AM

WALAUPUN gagal merangkul gelaran Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2010 pada 4 April lalu, Sharnaaz Ahmad, 26, tidak patah semangat untuk terus berjuang dalam industri seni tempatan.
Ini kerana pada awalnya dia sudah memasang niat untuk menerima kekalahan tersebut agar tidak berasa hati jika kalah.
Malah daripada awal lagi dia enggan terlalu berharap memandangkan dirinya masih ‘setahun jagung’ di pentas lakonan.Bagaimanapun, pemuda berasal dari Pulau Pinang ini sudah mengucapkan rasa syukur tatkala mendapat tahu namanya dicalonkan dalam senarai Artis Baru Lelaki Popular yang mana tempat itu dimenangi oleh penyanyi Shahir, juara Akademi Fantasia musim kelapan.
Walaupun baru meniti nama sepanjang hampir dua tahun bertapak dalam industri seni, Sharnaaz bukanlah calang-calang pelakon.
Wajahnya semakin menjadi tumpuan para pengarah dan penerbit drama dan filem tempatan. Antara 20 buah drama yang dilakonkan lebih banyak di bawah arahan dan terbitan Michael Ang dari Box Lite Film Sdn Bhd seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu, Ungunya Cinta dan terbaru, Ekspres Dania.
Drama yang turut menggandingkan pelakon Elfira Loy sebagai Dania itu akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 28 April ini.
Pada tarikh yang sama, filem pertamanya berjudul Rasukan Seru turut ditayangkan di pawagam.
Bercerita tentang perjalanan kariernya sekarang, jadual kerja Sharnaaz begitu padat kerana dia tidak putus ditawarkan berlakon.
“Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran drama 26 episod Kasih Alia untuk slot Akasia di TV3 di bawah terbitan JS Pictures.
“Drama tersebut mengisahkan tentang konflik dalam keluarga yang berpoligami. Saya melakonkan watak Qausar iaitu abang tiri kepada Alia (Fida) dan anak bongsu kepada isteri pertama (Sheila Rusly).
Drama yang turut dilakonkan oleh Zarina Zainoordin (ibu tiri Qausar) dan Yatt (kakak Qausar) itu menerapkan pelbagai rasa melibatkan kasih sayang, lucu dan sedih.
Mengorek sedikit kisah cintanya, lelaki yang pada mulanya ceria ini bertukar menjadi pendiam apabila ditanya tentang cinta.
Jelasnya, dia lebih selesa berkongsi tentang kerjaya kerana bimbang orang lain akan meluat jika terlalu mendedahkan tentang kisah cinta.
10 SOALAN MENARIK BUAT SHARNAAZ
1. Kereta Ferrari atau Lamborghini?
Lamborghini kerana jarang orang tempatan menggunakan kereta ini.
2. Wanita Melayu asli atau kacukan?
Semestinya wanita Melayu yang menjadi pilihan kerana ibu saya lebih sukakan wanita Melayu. yang penting wanita itu perlu mempunyai cita rasa. Bagaimanapun segala-galanya terserah kepada jodoh.
3. Selesa tinggal di kampung atau bandar?
Kampung adalah segala-galanya dan kalau boleh saya mahu meninggal dunia dan dikebumikan di kampung. Biarlah orang nak cakap saya kolot sebab memilih kampung.
4. Superbike atau naked bike?
Superbike kerana lebih laju daripada naked bike dan serasi dengan jiwa saya.
5. Nasi lemak atau nasi goreng?
Nasi goreng kerana nasi lemak mudah membuatkan saya sakit perut.
6. Ular atau harimau?
Harimau kerana ia melambangkan malaysia dan haiwan ini sebenarnya seekor yang setia tetapi jangan bagi dia lapar.
7. Jenama Nike atau Adidas?
Nike kerana rekaannya yang futuristik sebagai pakaian sukan.
8. Kartun Doraemon atau Oggy And The Cockroaches?
Oggy And the Cockroaches kerana suka dengan tiga ekor lipas iaitu Joey, Dee Dee dan Marky yang menggelar diri mereka kumpulan 'Punk Ramones'.
9. mahu bercuti di Perancis atau German?
Jerman kerana amat meminati Hitler dan mahu melawat kubur atau tugu peringatannya.
10. meminati penyanyi M.Nasir atau Stacy?
M.Nasir kerana dia merupakan pejuang seni muzik dan meminatinya sejak di bangku sekolah lagi.
Foto SHAARI CHE MAT
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site