Followers

Apr 27, 2011

Nasib Anwar diketahui 16 Mei

Posted by MohdHaz on 3:01 PM


ANWAR diiringi isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 16 Mei ini untuk menyampaikan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu selepas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dan peguam bela Karpal Singh dan S.N. Nair selesai mengemukakan hujahan masing-masing pada akhir kes pendakwaan.
Mohamed Yusof yang menyambung hujahannya semalam memberitahu mahkamah bahawa saksi utama Mohd. Saiful merupakan seorang saksi yang berwibawa.
Lagipun, kata beliau, pihak pendakwaan bukan setakat mengemukakan keterangan untuk menyokong kes prima facie tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan yang menunjukkan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukannya orang lain.
"Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah lebih daripada mencukupi untuk mensabitkan tertuduh," kata Mohamed Yusof.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site