Followers

Apr 24, 2011

Cameron Diaz Sedia Untuk Berkahwin

Posted by MohdHaz on 1:10 AM

AKTRES Cameron Diaz, 38, (gambar) dikhabarkan sedang bercinta dan bersedia untuk berkahwin dengan Alex Rodriguez.
Cameron bercinta dengan pemain besbol yang popular dipanggil A-Rod itu sejak setahun lalu. Malah Cameron dikatakan makin serius bersama A-Rod setelah memperkenalkan lelaki tersebut kepada ibunya, Billie.
"Alex sangat mencintai Cameron dan Cameron suka A-Rod yang sangat mementingkan keluarga," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Sabtu.
Menurut majalah InTouch America, A-Rod telah membeli cincin tunang di New York baru-baru ini. Bintang filem Holiday itu juga dikhabarkan mesra dengan kedua-dua anak A-Rod iaitu Natasha, 6 dan Ella, 3.
Cameron menunjukkan keseriusannya kepada A-Rod dengan berpindah rumah di Miami agar lebih dekat dengan lelaki itu. Sebelum ini wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin terburu-buru.
Sebelum ini, Cameron pernah bercinta dengan aktor Matt Dillon ketika keduanya bergandingan dalam filem There's Something About Mary.
Dia juga pernah bercinta selama empat tahun dengan Jared Leto. Kemudian hati Cameron terpikat kepada Justin Timberlake dan kemudian putus selepas tiga tahun.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site