Followers

Apr 24, 2011

Beyonce Bikin Album Ditemani Suami Di Hotel

Posted by MohdHaz on 1:11 AM

PENYANYI Beyonce (gambar) membikin album barunya bersama-sama suami, rapper Jay-Z di Paris, Perancis.
Kedua-duanya menginap di bilik hotel mewah di Le Meurice sambil mencipta karya baru.
"Mereka membuat studio di bilik lain dan telah bekerja sepanjang malam untuk album Beyonce," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Sabtu.
Pasangan tersebut tiba di Paris dengan menaiki pesawat peribadi. Kedua-duanya menikmati percutian itu bersama anak mereka, Daniel yang baru berusia 6 tahun di Disneyland.
Walaupun ada waktu untuk berlibur, sebahagian besar masa Beyonce di Paris dihabiskan untuk album barunya. Bahkan Beyonce tidak sempat berjalan-jalan untuk membeli-belah.
"Dia tidak keluar ke butik mahal yang biasa dia kunjungi," jelas sumber.
Sebelum ini, dia sempat berduet dengan Lady Gaga dan kali ini Beyonce akan berkolaborasi dengan Rihanna untuk album barunya.
Kedua-duanya bertemu di majlis Grammy Awards 2011 dan sepakat untuk berkolaborasi.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site