Followers

Feb 3, 2011

~Krisis Pergolakan di Mesir ~

Posted by MohdHaz on 2:56 PM

Dari perspektif kaca mata seorang guru pelatih......


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
tentu semua orang tahu mengenai apa sebenarnya yang menjadi buah mulut kebanyakkan masyarakat dunia kini...
ianya adalah berkaitan dengan tercetusnya gelombang kebangkitan masyarakat Republik Rakyat Mesir bagi menuntut pembaharuan dalam pentadbiran yang selama ini dikuasai oleh rejim Presiden Hosni Mubarak...


Mesir terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan ilmu pengetahuan...terdapat begitu banyak universiti didirikan terutamanya dalam bidang perubatan dan pengajian islam...
Universiti terkenal seperti Universiti Al-Azhar dan Iskandariah terletak di Mesir...terdapat beberapa buah bandar utama di Republik Rakyat Mesir ini seperti Kaherah, Iskandariah, Mansourah, Alexandria dan sebagainya. Hampir 14 000 rakyat Malaysia belajar dan bekerja di negara ini.


Presiden Hosni Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih kurang 30 tahun lamanya...
selama pemerintahan beliau, menyebabkan berlaku begitu banyak krisis rasuah, pengangguran, kemiskinan dan sebagainya.


Gelombang kebangkitan rakyat di Mesir diilhamkan oleh kebangkitan rakyat Turnisia yang berjaya menggulingkan pemerintahan sekian lama Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Gelombang ini dilihat semakin merebak ke negara-negara timur tengah. Ini termasukkalah negara Yaman, Jordan dan kemungkinan besar akan tercetus di negara Arab Saudi sendiri.


Secara peribadinya, green berpendapat bahawa kebangkitan yang tercetus ini akibat daripada sistem demokrasi yang wujud di negara timur tengah begitu kotor sekali sejak berdekat lamanya. Demokrasi yang wujud bukan lagi demokrasi sebenar sebaliknya ditunjangi oleh pelbagai helah dan tipu daya oleh golongan yang begitu tamak dan rakus untuk memiliki kuasa. Rakyat sudah muak serta mula sedar daripada tidur yang lama untuk bangkit menentang hal ini. Tunjuk perasaan yang tercetus hampir di semua kawasan di dalam negara yang mempunyai 80 juta penduduk ini semakin tegang. Angka korban semakin meningkat dan mereka yang cedera semakin ramai. Apa yang lebih menakutkan ialah sistem penjara tidak lagi berfungsi dan penjenayah bebas berleluasa. Keadaan kucar kacir ini begitu bahaya sekali namun apa yang dilakukan oleh Presiden Mesir? masih degil dengan pendiriannya untuk kekal berkuasa dan membiarkan rakyat hidup menderita. Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang baik? demokrasi yang bersih dan telus?


Justeru itu, melihat kepada situasi ini, wajarlah bagi pihak tersebut untuk berundur serta memberi peluang kepada orang lain untuk membina semula negara. Jika tidak, green yakin dan pasti gelombang kebangkitan ini akan terus menyebabkan berlakunya kemusnahan besar-besaran bukan sahaja kepada negara Mesir sebaliknya kepada masyarakat dunia amnya. 





4 comments:

semoga mereka kat Mesir tu selamat.....

yer...sama2 kita doakan k...amin

informasi yg hebat ! same2 kite doakan mereka aman dan damai disane ye . amin

arina : yupzz...betul tue..huhu..amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site