Followers

Jun 18, 2011

Inilah 10 Kawasan Paling Unik & Menakjubkan Di Dunia (^_^)

Posted by MohdHaz on 12:03 PM

hye smua..ok hari ni jom kite tngok 10 kawasan paling unik dan menakjubkan yang wujud atas muka bumi nie...

fuhhh!! bgi green kawasan-kawasan nie mmng sngt unik dan lain daripda yang lain...
nak tau?? ok jom kita same2 baca jom fakta yg green sediakn niee erk =)

Bumi tempat kita hidup ini memang penuh misteri, di berbagai benua yang berbeza, ternyata terdapat lokasi-lokasi yang menakjubkan, juga aneh dan penuh misteri. Jangankan lokasinya, bahkan isi didalamnya juga kadang-kadang aneh.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh dari seluruh dunia.

1. Guaíra Falls, Brazil-Paraguay border


Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Padahal Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai rata-rata 175 0000 kubik per-saat. Dibandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70 000 kubik per-saat.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah Sungai Parana. Tahun 1982, di kawasan air terjun Guaira ini dibangunkan empangan untuk penghasilan elektrik dengan nama Itaipu Dam yang sekarang menjadi empangan kedua terbesar penghasilan elektrik di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, juga Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

2. Iceberg B-15, Antartika


Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah dunia. Luasnya mencapai 3 100 km2, membuatnya lebih besar dari Pulai Jamaika.
Pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini terpecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur pada 2005, menyebarkan pecahan aisnya sepanjang 8 km. Hal ini membuatkan terjadinya perubahan besar pada peta Antartika.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh

Sebahagiannya hanyut ke sepanjang pantai dan akhirnya terkandas. Pada 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan satu gelombang lautan yang melintas hingga 13 500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan pecahan-pecahan ais ini menjadi semakin banyak hingga kini.


3. Don Juan Pond, Antartika


Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Berdasarkan penelitian, air laut yang mengandungi garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan. Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Tapi ternyata Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia.

Justeru itu, di Antartika lah atau lebih tepatnya di Don Juan Pond, merupakan danau dengan kandungan garam tertinggi di dunia. Perbandingannya dengan laut biasa pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, dan jika  dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.



4. Rotorua, New Zealand


Rotorua adalah kota di tepi laut selatan danau dengan nama yang sama. Tempatnya di teluk Plenty, pulau utara dari New Zealand.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh

Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur-lumpur yang mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga menjadi tarikan banyak pelancong.



5. 83-42, Greenland


Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya "sedikit" ukurannya kira-kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setitik tanah yang dikelilingi pecahan-pecahan ais.
Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Unik! Ketika kutub utara tertutup oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihatlah gambar di atas! Keunikan ini sekaligus menumbangkan rekod sebelumnya yakni ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun 1998.



6. Socotra, Republic of Yemen


Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana nampak aneh, daripada bentuk pohon mahupun lingkungannya, tak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu sarang alien di dunia.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh



7. The Great Dune of Pyla, France


Yang kita tahu bahawa Eropah tidak mempunyai gurun, paling adapun hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah memiliki bukit pasir unik yakni Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter. Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh



8. Meteor Crater, USA


Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 batu (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Kawah meteor ini kononnya terbentuk sejak 50 000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah. Pada saat itu di sana adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, kukang tumbuk raksasa, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membuat kawah seluas 50 meter.



9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyan


Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter. Satu - satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing. Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghanyutkan tanaman tanaman menjalar yang berada di atas atap. Selain itu, atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih dari apapun seperti "meja kosong".



10. The Door To Hell, Turkmenistan


Tempat ini mungkin semua dah tahu, ramai yang dah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini  sangat unik. Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka" kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir ini tanpa henti.

Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Lokasi-Lokasi Dunia Yang Aneh
Bermula dari tahun 1971 di mana ahli geologi melakukan kajian di kawasan itu untuk mencari punca gas. Yang berlaku kemudiannya adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, bahkan sempat menelan segala peralatan mereka. Para geologi ini tak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu. Korang boleh melihatnya di Google Earth dengan koordinat 40°15′8″N 58°26′23″E.

mcm mane ?? unik kan... =)
jom sama2 kita menambah pengetahuan yg ade... =)

5 comments:

SO GREAT!Thanx for sharing all this place...
kalau you tak buat entry ni,I pown xtahu wujudnye smue tempat2 unik ni...=)

@ Shin : unik kan.. =) welcome...im epy if i can sharing this to all my readers..ia stu maklumt yg berguna utk kite ;p

yang Socotra, Republic of Yemen, comelnyaaa tempat tu ;D

wah suka bace info nie...
suka tempat nie Socotra, Republic of Yemen.. (^_^)

wahh bnyk peminat Socotra nie..kota Alien tue.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site