Followers

Jun 7, 2011

Bukti Nyata Zaman Pra-Sejarah Sangat Maju

Posted by MohdHaz on 12:36 AM

green nk kongsi plak satu info nie...selalunye kite mmng dh dibiasakan dengan fakta2 yg mengatakan bahawa zaman pra-sejarah tue sngt susah n mundur..ye la..hidup dlm zaman batu..takde teknologi...xde facebook n twitter n sbagainye...Tapi tahukah korang yg sebenarnye zaman prasejarah tue sngat la maju teknologinye...
korang tak caye ? 
ok jom baca info-info yg green sediakan nie... =)

pd tahun 1900 sebuah logam yang membatu yang berusia sekitar 2000 tahun ditemui di sebuah kapal karam di pulau  Antikythera Yunani, 50 tahun kemudian benda tersebut dilihat dengan sinar-X dan menemukan bahawa benda tersebut merupakan sebuah alat mekanik seperti yang ada pada alat mekanik jam tangan dunia moden sekarang... penemuan ini membuat para ahli arkeologi kebingunan, kerana pada saat itu bangsa yunani tidak akan mungkin membuat benda mekanik serumit itu.

Anticythère Mechanics



Anticythère Mechanics Setelah di X-ray



Perkiraannya alat ini digunakan sebagai kalender


wujudnya barang-barang makenik pada zaman prasejarah juga boleh ditemui di kompleks kuil Dendera di Mesir. Pada ruang bawah kuil tersebut terdapat pahatan dinding dua buah benda yang menyerupai bola lampu, hal ini kemudian dikaitkan dengan pertanyaan, bagaimana ruang bawah yang gelap dan panas itu mendapatkan cahaya?

beberapa teori mengatakan bahawa, ruang-ruang dalam kuil tersebut menggunakan cahaya matahari yang dipantulkan dari luar berulang kali oleh cermin-cermin didalam kuil, namun teori ini dibantah, kerana sinar yang dipantulkan semakin lama semakin lemah sehingga tak boleh menerangi semua kawasan.. 

Ada juga yang mengatakan mereka menggunakan api / obor tapi tidak ada di satu ruang pon ditemui bahan untuk membuat api, dan tidak akan cukup oksigen yang didapatkan untuk membuat obor. Jadi, satu-satunya cara untuk menerangi ruangan dalam kuil adalah dengan bola lampu.

Pertanyaannya sekarang, jika benar mereka menggunakan lampu, bagaimana mereka mendapatkan aliran elektrik pada zaman itu? Bahkan elektrik baru ditemui ribuan tahun setelahnya.

Satu penemuan yang mungkin dapat mengukuhkan bukti bahawa wujud bola lampu pd zaman prasejarah adalah penemuan bateri Baghdad yang telah di uji mampu menghasilkan elektrik dengan menggunakan asid jeruk.. =)

Pahatan dinding dua buah benda yang menyerupai bola lampu pijar



Bateri Banghdad


Bateri Baghdad diisi dengan asid jeruk


Di kompleks kuil Teotihuacan para ahli sejarah yang mempercayai adanya teknologi moden pd zaman purba apabila mereka menemui satu penataan kompleks yang sama dengan tata letak posisi sistem suria, tapi mcm mane la pereka kompleks kuil Teotihuacan mengetahui lebih dahulu sistem peredaran planet-planet mengelilingi matahari?

bukankah bende nie perlukn kajian ilmiah selama berabad-abad? ada yang mengatakan bahawa kedudukan kuil ini adalah sebuah kebetulan sahaja, tapi jika kita melihat peninggalan sejarah ditempat lain yang  lebih tua dari Teotihuacan seperti Stonehenge yang mana bila dilihat dari angkasa, lingkaran-lingkaran susunan batunya sangat menyerupai sistem suria kita.

Kompleks Kuil Teotihuacan



Kompleks Kuil Teotihuacan Solar System



Stonehenge



Stonehenge Solar System


Stonehenge Dilihat Dari Udara




Pada tahun 1929 ditemui pula sebuah peta lukisan bertanda tangan seorang Kapten bernama Piri Reis. peta tersebut dianggarkan dibuat pada tahun 1513 yang juga berarti 21 tahun setelah Colombus menemui benua Amerika.

Yang menakjubkan adalah bahawa peta itu sangat tepat menggambarkan garis benua atau garis pulau bahkan dilengkapi dengan gambar sungai dan gunung. Bagaimana mereka pd zaman tersebut membuatnya? Pengetahuan geografi saja baru berkembang ratusan tahun selepas itu..

Piri Reis Map



Piri reis Map dibanding peta moden


Bukti yang paling kuat dgn teori yg mengatakan adanya teknologi moden dimasa prasejarah adalah adanya kompleks peninggalan Pumapunku di dataran tinggi Bolivia.

Di Pumapunku ada sisa runtuhan struktur megalitikum yang telah dihancurkan oleh gempa bumi yang sangat dasyat. Blok-blok yang runtuh di Pumapunku sangat menakjubkan, yang mana bentuk dari blok-blok yang bertaburan tue mempunyai potongan / bentuk yang sempurna dan memiliki ukuran yang sama dan bahkan lebih menyerupai puzzle-puzzle.

Belum ada yang dpt mengetahui bagaimana suku Indian Aymara mengangkut batu-batu (800 ton/pcs) kesana, padahal dataran itu berada pada 4.000 meter diatas permukaan laut.

Pumapunku



Pumapunku Blok

Kita semua tahu, bahawa untuk mendirikan sebuah bangunan seperti Pumapunku memerlukan penulisan, perancangan, dan idea bagaimana tiap-tiap bahagian pecahan memilki fungsi masing-masing dan bagaimana cara menyatukannya, tapi para ahli sejarah telah sepakat bahawa Indian Aymara tidak pernah mengenal tulisan. Bagaimana mungkin membuat puzzle Pumapunku tanpa perancangan?

Pumapunku Blok Rekonstruksi Puzzle


Dari segi kualiti, pengerjaan batu di Pumapunku sangatlah sempurna, seperti dilaksanakan oleh mesin, untuk memotong dengan ukuran tertentu, membuat lubang, bahkan membuat cekungan panjang dengan ukuran sangat kecil (millimeter), dan tiap-tiap batu mempunyai bentuk dan ukuran yang sama ..

Padahal batu-batu yang digunakan adalah batu diorite dan granit, batu diorite adalah salah satu batu yang paling keras yang hanya boleh dikalahkan oleh berlian, para arkeologi menganggap alat yang digunakan oleh suku Aymara mungkin memiliki mata berlian atau berbahan berlian, namun tak seorangpun arkeologi yang mampu mencuba merekonstruksi bagaimana Indian Aymara membuat blok-blok batu tersebut.

Lubang Pada Blok Pumapunku



Pumapunku Millimeter



Pumapunku Ukiran






so ape pendapat korang skrng...
green cume berkongsi jer info yg green dpt..hehe..
percaye atau tidak..
persoalannye adkh mmng betul zaman prasejarah sangat maju setanding zaman moden kini ??

terpulang pd korang yg menilai ok.. =)

1 comments:

waahh menarik sejarah dalam entri ni.. tapi panjang sangat. better buat 2 part :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site