Followers

Jun 17, 2011

7 Jenis Bunga Cantik Yang Mengandungi Racun Membunuh

Posted by MohdHaz on 4:35 PM

biase kite dgr kn...smakin cantik atau menarik warna sesuatu haiwan atau serangga tue..semakin berbisa la dia...



mcm tue jgk dgn bunga nie...cantik pda pndngn kite..
tpi sbnarnye ade racun yg boleh membunuh... =)
so lepas nie kite boleh lebih berhati2 bila trjumpe bunga2 cm nie...
...jom kite berkenalan ngn 7 jenis bunga nie jom..


7. Daphne

Bunga daphne juga dikenal dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun adalah pada getah dan buahnya.

Daphne mengandungi mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang dapat menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, gila, dan sawan. Jika buah daphne terkena secara berlebihan, dapat menyebabkan koma bahkan boleh membawa maut.


6. Lyly of the valley

Lyly of the valley mmng sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk loceng ini tidak terlalu menyakitkan bagi orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah yang cukup banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kekejangan di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degupan jantung yang melemah.


5. Belladona

Dikenal sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandungi tropane alkoids yang sangat merbahaya. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang nampak enak untuk dimakan, khususnya bagi kanak-kanak.

Gejala yang terjadi dari racun bunga ini adalah anak mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan gila. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf membuatkan berlakunya gangguan pernafasan, berkeringat dan degup jantung menjadi lemah.


4. Angel's Trumpet

Jangan terpengaruh dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang boleh sangat memudaratkan untuk manusia mahupun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat karena mengandung zat tropane alkaloids.


3. Rhododendron

Tanaman ini apabila musim bunga nampak sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan orang Inggeris ketika mereka memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat , kekejangngan hingga boleh membawa kematian.


2. Oleander

Oleander dikenal sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk membunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem  peredaran darah, dimana ke semua itu berlaku secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga membawa kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan buta pada mata.


1. Autumn Crocus

Juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandungi colchicine yang boleh menyebabkan kematian.

Racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.

fuuhh !! mmng bahaye kn smua bunga nie...so lepas nie kalau la kite jumpe..elak2kn la erk...mmng cantik tpiii.... sndiri mau ingat lerr... =)

4 comments:

bunga cantik tapi ada racun yang bahaya =_=

erm, teringat pla inna masa belajaar ekologi dulu, ada 1 bunga nie memang parasit..walaupun sgt cntik tp ada racunnya. lupa la pula apa nama bunga tue...^^

yupz..kate orng main cantik sesuatu tue..makin bahaya la ia.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site