Followers

May 3, 2011

TV3 Saji Filem Blockbuster Hebat Sepanjang Mei

Posted by MohdHaz on 1:49 AM

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan himpunan filem-filem aksi dan komedi terbaik sepanjang bulan Mei, menerusi slot Mega Movie dan Pearl Screen pada setiap Jumaat dan Isnin pukul 10 malam.
Mega Movie bulan Mei akan menampilkan filem-filem blockbuster dari Hollywood seperti 2 Fast 2 Furious, Pirates of the Carribean: At World’s End, The Chronicles of Narnia: Prince Caspian dan The Nutty Professor.
Manakala Pearl Screen pula membawakan filem-filem hebat dari Hong Kong dan Taiwan seperti Armour of God, Twinkle Twinkle Lucky Stars, Seoul Raiders, Dr. Wai And the Scripture with No Words dan Future Cops yang akan ke udara pada setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam.
Antara filem-filem hebat menerusi Mega Movie pada setiap Jumaat, pukul 10.00 malam seperti berikut.
6 Mei 2011 - 2 Fast 2 Furious
Padat dengan aksi kejar-mengejar, lumba jalanan dan pastinya kereta-kereta hebat, filem ini mengisahkan tentang seorang bekas polis iaitu Brian O’Conner akhirnya ditahan kerana membenarkan ketuanya melanggar undang-undang.
Untuk melepaskan dirinya dari dihukum, dia mesti bekerjasama dengan rakan lamanya dan membantu polis menangkap pengedar dadah paling dikehendaki.
Pelakon: Paul Walker, Tyrese Gibson dan Cole Hauser
13 Mei 2011 - Pirates of the Carribean: At World’s End
Filem arahan Gore Verbinski dan terbitan Walt Disney Pictures ini! At World’s End menceritakan tentang pengembaraan hebat Captain Barbossa, Will Turner dan Elizabeth Swann.
Dalam pelayaran itu mereka menggunakan pelbagai helah dan tipu daya untuk memperoleh kepercayaan seterusnya bergabung tenaga dengan seluruh angkatan lanun di seluruh dunia demi menghadapi sebuah peperangan terakhir yang muktamad.
Pelakon: Johnny Depp, Orlando Bloom, Geoffrey Rush dan Keira Knightley
20 Mei 2011 - The Chronicles of Narnia: Prince Caspian
Sambungan dari filem pertamanya, The Chronicles of Narnia, filem kedua ini mengisahkan tentang kepulangan adik beradik Pevensie ke dunia mistikal Narnia.
27 Mei 2011 - The Nutty Professor
Di dalam filem komedi blockbuster ini, Professor Sherman Klump, seorang lelaki yang mempunyai masalah berat badan keterlaluan terdesak untuk menurunkan berat badannya.
Akibat desakan yang melampau, beliau menggunakan satu bahan kimia khas yang menukarkan Sherman kepada Buddy Love, seorang lelaki yang langsing namun sangat menjengkelkan.
Pelakon: Eddie Murphy, Jada Pinkett Smith dan James Coburn
Sementara, filem yang bakal dipersembahkan menerusi Pearl Screen, setiap Isnin , pukul 10.00 malam seperti berikut:
2 Mei 2011 - Armour of God
Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang.
Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik.
Pelakon: Jackie Chan, Alan Tam, Lola Forner, Rosamund Kwan dan Ken Boyle
9 Mei 2011 - Twinkle Twinkle Lucky Stars
Seorang pemberi maklumat dibunuh oleh orang suruhan raja dadah. Untuk mengelak kegiatan mereka daripada ketahui ramai, mereka cuba untuk menghapuskan Yi-Ching dan agen dwi-identiti, Lau.
Pelakon: Sammo Hung Kam-Bo, Sibelle Hu, Jackie Chan dan Shui-Fan Fung
16 Mei 2011 - Seoul Raiders
Sebuah sekuel “Tokyo Raiders”, kisah yang padat dengan aksi ini menyaksikan Lam dan sebuah kumpulan dalam misi kejar-mengejar demi menghapuskan komplot mencetak duit haram yang berleluasa di tengah-tengah kota Seoul.
Pelakon: Tony Leung, Richie Ren dan Shu Qi
23 Mei 2011 - Dr. Wai and the Scripture with No Words
Sebuah filem lakonan hebat pelakon seni mempertahankan diri terkemuka, Jet Li. Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis bersiri yang mempunyai kehidupan yang bermasalah, meloloskan diri dari realiti dan mula mengembara sebagai karakter fantasi utama ciptaannya.
Pelakon: Jet Li, Takeshi Kaneshiro dan Rosemund Kwan
30 Mei 2011 - Future Cops
Di dalam kisah pertarungan hebat ini, tiga orang anggota Future Cops kembali dari masa hadapan untuk mengagalkan niat jahat seorang ketua penjenayah daripada merancang satu pembunuhan besar.
Pelakon: Andy Lau, Jacky Cheung dan Aaron Kwok
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site