Followers

May 19, 2011

Teruja dampingi Penelope Cruz

Posted by MohdHaz on 1:18 PM





"KALAU nak tahu, kali ini Jack Sparrow bertukar jantina," ujar Johnny Depp selamba dalam nada bergurau apabila ditebak tentang karakter lakonannya, Kapten Jack Sparrow yang kini muncul menerusi filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.
Namun sepantas kilat, nada bicara Depp terus sahaja serius dan bicaranya lantas berbunyi: "Saya maksudkan secara jujurnya, semua ini tentang karakter dan bagaimana dia 'mencari dirinya'.
"Saya rasa, Kapten Jack Sparrow sudah menemui siapakah dirinya sejak lama dahulu. Saya tidak fikir masih ada ruang buat dirinya untuk pergi lebih jauh."
Daripada jawapan Depp itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa karakter Jack Sparrow kali ini tidak banyak berubah sepertimana dalam trilogi Pirates of the Caribbean sebelum ini.
SAHABAT baik. Sepuluh tahun lalu, Depp dan Cruz pernah bergandingan menerusi filem Blow.


Namun, siri keempat filem Pirates of the Caribbean itu dijangka berbeza berbanding trilogi filem itu yang kesemuanya diarahkan Gore Verbinski. Ini kerana Rob Marshall pula diberi tanggungjawab sebagai pengarah siri terbaharu Pirates of the Caribbean.
Filem terbitan Jerry Brukheimer yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada hari ini tersebut juga tidak lagi menampilkan dua karakter penting yang memberi impak kuat terhadap trilogi filem itu sebelum ini iaitu Will Turner (lakonan Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightley).
Plot Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides juga tidak terlalu kompleks dengan pelbagai karakter dan subplot seperti sebelum ini tetapi lebih memfokus terhadap pengembaraan Jack Sparrow untuk mencari telaga keabadian yang mampu memberikan hayat yang kekal abadi buat individu pertama yang berjaya meminum air dari telaga tersebut.
Kedengarannya seperti suatu isyarat untuk sebuah lagi sekuelPirates of the Caribbean.
Namun selepas ketiadaan karakter Elizabeth Swann, adakah Jack Sparrow berseorangan kali ini?
Jawapannya sudah tentu tidak kerana muncul karakter baharu yang lebih 'dekat' dengan dirinya. Memperkenalkan bekas kekasih Sparrow, Angelica yang direalisasikan di layar perak oleh bintang jelita, Penelope Cruz!
Ditanya apakah perasaannya dapat bergandingan dengan Cruz, ujar Depp: "Dia merupakan suatu 'kuasa' yang serius. Kami pernah bergandingan dalam filem Blow pada tahun 2001 dan saya boleh kata kami pernah 'meniup' bersama dahulu (ketawa).
"Pengalaman berlakon dalam Blow bersama Penelope sangat menyeronokkan. Maksud saya, dia seorang yang hebat dan boleh menyuntik apa sahaja ke dalam atmosfera lakonan.

GEROMBOLAN duyung jelita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, (dari kiri), Sanya Hughes, Brea Berrett, Gemma Ward, Jorgelina Airaldi, Antoinette Nikprelaj, Toni Busker dan Daphney Joy.


"Dia merupakan seseorang yang saya sanjungi, salah seorang sahabat saya dan ya, saya rasa seronok dia menyertai saya pada kali ini."
Menyentuh mengenai Rob Marshall pula, Depp menjelaskan: "Setiap pengarah mempunyai pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi bagi saya, Rob Marshall merupakan suatu hadiah sejati.
"Maksud saya, dia seorang lelaki hebat, sangat budiman dan mudah untuk berkolaborasi dengannya, seorang lelaki yang sarat dengan idea-idea yang hebat. Dan dia seorang yang bijaksana dalam menangani babak dan cerita. Ya, dia seorang yang sangat istimewa."
Satu lagi perbezaan menerusi karya kali ini ialah Depp banyak menyumbang kepada penulisan skripnya atau dalam kata lain dia kali ini turut menyuntik jiwanya bagi mencetus kelainan terhadap Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.
"Ia seperti memasuki ke dalam jentera pemikiran," luah Depp.
Tambahnya: "Ia lebih kepada melemparkan idea-idea. Jika ia menyinar, maka menyinarlah ia. Dan jika idea itu diterima (penonton), saya sangat bersyukur.
"Apatah lagi karya kali ini merupakan sekuel ketiga Pirates of the Caribbean, jadi tanggapan penonton ialah, 'ahh...satu lagi filem sekuel', ia merupakan sesuatu yang sangat menentang terhadap apa yang perlu kami berusaha dan hasilkan untuk skripnya.
"Namun, kami cuba untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza kali ini."
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site