Followers

May 24, 2011

Shamsul Yusof Buat Diri Tertekan Kerana 'KL Gangster'

Posted by MohdHaz on 12:13 AM

Shamsul, Adi dan Aaron merupakan tunggak utama filem KL Gangster yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini. - Foto HASRUL HASHIM
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Shamsul Yusof sengaja membuatkan dirinya sentiasa tertekan bagi mendalami watak Shark dalam filem KL Gangster.
Filem tersebut bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.
Shark merupakan seorang gangster yang kejam, tamak dan sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) kerana ingin menjadi ‘raja’ gangster di Kuala Lumpur (KL).
Dia merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Shark sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek.“Sepanjang memegang watak Shark, saya sengaja membuatkan diri menjadi tidak mood dan tertekan kerana watak itu memerlukan seorang itu menjadi agresif dan panas baran.
“Saya terpaksa melakukan uji bakat kepada diri-sendiri dan mengambil masa berminggu-minggu untuk mendalami watak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tayangan media filem KL Gangster di Cathay Cineleisure, e@curve, di sini, Isnin.
Para pelakon filem KL Gangster.
Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu, Shamsul turut mengarah dan menulis skrip KL Gangster di samping sepupunya, Mohd Rizal Ashraff.
Ramai penonton yang berpuas hati dan memuji filem kelima arahan anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu. Bagaimanapun, penonton kanak-kanak di bawah 13 tahun perlu mendapatkan pengawasan penonton dewasa.
Belum pun ditayangkan di pawagam, pengarah filem Evolusi KL Drift, Bohsia…Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat ini menjangkakan sekuel filem KL Gangster akan dilakukan nanti.
“Saya sentiasa menonton filem aksi dari dalam dan luar negara untuk mempelbagaikan elemen tersebut serta meminta pandangan daripada gangster dan pihak polis.
Shamsul menyambut ulang tahun ke-27 pada 21 Mei lalu.
“Apabila melakukan kerja, saya cuba untuk mengikut selera penonton dan membuatkan mereka berpuas hati dengan elemen aksi yang dipaparkan dalam filem saya. Bagaimanapun, saya sengaja menyuntik sedikit elemen drama dan komedi untuk menjadikan cerita ini lebih menarik,” ujarnya lagi.
Filem tersebut turut dilakonkan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site