Followers

May 21, 2011

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

Posted by MohdHaz on 5:36 PM

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site