Followers

May 4, 2011

Rozita Che Wan Buat Lawak Lagi?

Posted by MohdHaz on 12:49 AM

Rozita Che Wan, anggun dan menawan.
HAA... HAA... maaf... minggu ini saya terpaksa ketawa panjang. Bukannya apa, saya betul-betul nak tergelak kali ni.
Nak tahu tak... pada tahun lalu saya menangis tau. Sebab Rozita Che Wan yang cun melecun tu kata dia nak bersara jadi pelakon. Saya pun terkejut macam beruk kena baling batu. Nasib saya tak jadi macam beruk tu dah cukup baik.
Rozita membuatkan ramai orang menangis tahun lalu terutamanya pengarah dan penerbit filem yang nak ambil dia berlakon.
Akhirnya dia tak jadi nak bersara sehingga timbul pula isu Rozita buat gimik untuk merancang mendapatkan publisiti pada tahun ini. Tapi Rozita mempunyai alasan kenapa dia tak jadi buat keputusan tinggalkan dunia seni.
Tak apalah... habis bab itu, tahun ini timbul pula kisah cinta di antara Rozita dengan Zain Saidin dan Shahir (AF8).Saya tak tahu yang mana satu betul. Dalam satu kenyataan, Shahir dan ibunya membuat penafian tentang kisah cinta itu.
Tetapi yang mengejutkan saya baru-baru ini dalam sebuah laporan akhbar tabloid, Rozita membuat dakwaan dia mahu mengenali hati budi Shahir. Perkara itu berlaku sejak tiga bulan lalu.
Dalam mStar Online kemudiannya Zain membuat pengakuan seolah-olah dia dan Rozita bercinta. Adik kepada Sasha Saidin (Elite) itu tidak mahu menafikan atau mengiakan mengenai kisah tersebut.
Tetapi sumber memberitahu saya, Zain memang tengah angau dengan Rozita sehingga sanggup menunggunya di sebuah lokasi penggambaran.Hai... memang betul-betul macam drama kisah cinta Rozita ini. Terus terang saya katakan, kali ini saya memang tidak percaya lagi sandiwara Rozita.
Saya anggap Rozita hanya mahu buat lawak dan saya mengharapkan Astro dapat ambil Rozita sebagai peserta program Maharaja Lawak.
Saya cuma nak minta Rozita hentikanlah gimik-gimik yang macam ini. Sebagai pelakon yang tengah popular, Rozita sebenarnya tak perlu nak buat gimik macam itu lagi.
Rozita ibarat Datuk Siti Nurhaliza yang sudah duduk disarangnya sendiri. Sarang Rozita ibarat sama seperti sarang burung tempua. Tak akan jatuh ke tanah kalau tak ada orang jolok untuk buat perhiasan.
Saya kasihankan Rozita. Kalau dia terlalu banyak bercakap dan memberi macam-macam kenyataan yang tidak betul, kelak perkara itu akan memakan diri Rozita sendiri. Sekarang nama Rozita Che Wan cukup gah. Popularitinya tidak sewenang-wenangnya boleh digugat.
Jadi, Rozita kena pandai jaga diri kerana jika dia boleh membawa dirinya dengan baik, kehebatannya akan terus terserlah.
Bukannya apa, sejak kebelakangan ini saya sering mendengar rungutan daripada pihak-pihak tertentu yang mula kurang senang dengan “modus operandi” Rozita untuk mencari populariti itu.
Awas Rozita, jangan sampai gimik yang dibuat memakan diri. Saya cuma takut kalau perkara itu terjadi, industri hiburan pula yang paksa Rozita cepat-cepat berhenti dan bukannya kemahuan diri Rozita sendiri.
NIEZAM: Ada artis nak jolok sarang tebuan.
Sampai bila nak gam artis?
ISU gam atau isu haramkan artis ni perkara yang agak lapuk. Sejak zaman Tok Mat (bekas Menteri Penerangan) lagi ramai artis kita kena gam.
Mereka tak boleh muncul di stesen televisyen dan juga lagu mereka tidak dibenarkan diputar di stesen-stesen radio.
Kumpulan Search dan Wings pun pernah kena gam kerana imej berambut panjang. Tapi tak lama. Lepas tu bila gam dah tak melekat, isu berkenaan pun terus senyap.
Terbaru kerajaan Selangor mengeluarkan arahan untuk mengharamkan mana-mana artis yang rendah moralnya daripada membuat persembahan di negeri itu.
Langkah itu baik. Sedikit pun tak salah kerana dengan cara itu sahajalah dapat mengajar mana-mana artis yang tak bermoral macam Krisdayanti.
Tapi, sampai bila kita nak gam artis? Artis di negara kita ini, gamlah banyak mana sekali pun mereka tidak pernah serik.
Kalau daripada zaman Tok Mat pun sudah ada gam, tetapi sampai sekarang moral artis masih tidak berubah.
Saya begitu bersimpati dengan artis kita. Kebanyakan mereka memang mengharapkan wang dalam bidang seni yang tak seberapa itu untuk menampung hidup.
Artis kita bukan macam di Hollywodd. Berlakon satu filem, menyanyi satu album dah boleh jadi jutawan.
Aris kita kalau berlakon seratus filem sekalipun, nak beli rumah belum tentu mereka mampu.
Saya merasakan pendekatan gam ini sudah tidak relevan lagi. Jika kita mengambil langkah itu, moral negatif pada sebilangan artis kita tetap tidak berubah.
Golongan yang bermasalah harus dipanggil untuk diberi kaunseling sepenuhnya. Langkah itu yang perlu diterapkan dalam diri mereka.
Artis-artis kita kadang-kadang terleka dengan diri sendiri. Tetapi jika ada usaha untuk menyedarkan mereka, golongan itu akan sedar.
Jika langkah itu dilakukan, saya percaya, dunia hiburan kita akan menjadi lebih bersih.
Semua pihak tidak kiralah persatuan hiburan, kerajaan negeri atau sesiapa sahaja perlu memainkan peranan masing-masing sekiranya mahu memperbaiki moral artis.
Langkah mengharamkan atau gam mereka, tidak akan menyelesaikan masalah pun.Sejak dulu, masalah artis yang terlibat dengan dadah masih tidak dapat dibendung sebaliknya golongan itu terus digam.
Nasib mereka menjadi bertambah teruk akibat tindakan itu. Kita sebenarnya yang perlu membantu memulihkan mereka.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site