Followers

May 2, 2011

Putera William, Kate bercuti hujung minggu

Posted by MohdHaz on 1:01 PM



KATE MIDDLETON berjalan sambil berpegangan tangan dengan suaminya, Putera William di pekarangan Istana Buckingham semalam.


LONDON - Setelah semalaman berparti bersama 300 anggota keluarga dan sahabat handai, pasangan pengantin baru diraja Britain, Putera Wiliiam dan Kate Middleton berlepas dari Istana Buckingham di sini semalam.
Mereka menaiki sebuah helikopter dan dilaporkan akan menghabiskan cuti hujung minggu bersendirian di sebuah kediaman mewah milik Ratu Elizabeth II di Scotland.
William akan kembali bertugas seba- gai juruterbang helikopter penyelamat pada minggu ini sebelum pasangan suami isteri itu pergi berbulan madu selama dua minggu pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.
Mereka dilihat berjalan sambil berpegangan tangan di pekarangan Istana Buckingham sebelum menaiki helikopter yang sedang menanti.
Middleton yang menggunakan gela- ran Duchess of Oxford, memakai gaun biru muda yang dipadankan dengan jaket gelap, manakala suaminya menyaring baju biru dan jaket tentera laut.
William, 28, mengahwini isterinya yang berusia 29 tahun itu dalam majlis gilang-gemilang di gereja Wesminster Abbey, London pada Jumaat lepas yang ditonton sekitar dua bilion orang di seluruh dunia. - Agensi
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site