Followers

May 4, 2011

Polis Kuching Nafi Wujud Pemburu Organ

Posted by MohdHaz on 12:44 AM

KUCHING: Polis hari ini meminta orang ramai agar tidak panik dengan berita yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook bahawa ada "pemburu organ" di bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, ia adalah berita palsu kerana sehingga kini polis tidak menerima laporan daripada "mangsa" kepada "pemburu" tersebut yang dikatakan mencuri buah pinggang dan hati.
"Ini hanya khabar angin. Jangan panik bila terima SMS sebegini. Siasat dulu sama ada benar atau tidak," katanya ketika dihubungi.
Mun juga menggesa pihak berkenaan menghentikan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan panik dan ketakutan pada kalangan masyarakat.
Berita itu yang dikesan disebarkan petang ini antara lain menggesa orang ramai agar berhati-hati apabila dihampiri orang tidak dikenali meminta mereka menghidu sesuatu kerana mereka mungkin menjadi mangsa kepada "pemburu organ" yang kononnya datang dari China.
"Pemburu organ" itu dikatakan mencuri buah pinggang dan hati untuk dijual. - BERNAMA
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site