Followers

May 7, 2011

Paris Hilton persenda kes curi Lindsay Lohan

Posted by MohdHaz on 10:32 AM

LOS ANGELES - Selebriti terkenal, Paris Hilton, 30, menyindir pelakon Lindsay Lohan berhubung kes kecurian barang kemas, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Stars Are Blind itu membuat sindiran itu dalam satu program realiti televisyen terbaharunya, The World According To Paris.
Dalam program itu, dia didekati oleh seorang wanita yang tertarik dengan anting-anting yang dipakainya.
Wanita itu kemudian bertanya kepada Paris jika anting-anting tersebut boleh dihadiahkan kepadanya.
Paris yang ingin mengambil hati wanita itu segera menanggalkan anting-anting yang dipakainya sambil mengatakan bahawa ia sebagai hadiah sempena Krismas.
"Saya akan menghadiahkan anting-anting ini kepada kakak saya dan memberitahu Lindsay yang berikan," ujar wanita tersebut kepada Paris.
Pewaris hotel Hilton itu spontan menjelaskan: "Bukan, saya bukan Lindsay."
Lindsay, 24, dituduh mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,611) milik sebuah butik aksesori, Kamofie & Company di California Januari lalu. - Agensi
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site