Followers

May 29, 2011

Paparazi Rakam Gambar Justin Bieber Bertatu

Posted by MohdHaz on 12:37 AM

Justin Bieber bersama kekasihnya Selena Gomez ketika bercuti di Hawaii.
PERCUTIAN bintang remaja paling digilai ramai, Justin Bieber dengan kekasihnya Selena Gomez ke Hawaii memberi satu ilham baru apabila penyanyi lagu Baby itu membuat tatu pada padannya.
Paparazi berjaya merakamkan gambar Bieber yang tidak berbaju sambil memegang tangan Selena dengan menampakkan tatu yang dibuat pada badan.
Tatu tersebut kelihatan pada bahagian pinggang sementara satu lagi pada rusuknya.
Portal OMG melaporkan walaupun tidak diketahui apa maksud tatu yang dibuatnya tetapi penyanyi berusia 17 tahun itu telah mengunjungi Israel pada bulan April lalu dia ia dikatakan ada kaitan dengan kunjungannya ke negara tersebut.
Mengikut peraturan di beberapa tempat di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun tidak dibenarkan membuat tatu pada badan mereka melainkan selepas mendapat kebenaran orang tua masing-masing.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site