Followers

May 10, 2011

Misteri kematian 2 supermodel

Posted by MohdHaz on 1:53 AM

TERKENAL...Ruslana terkenal apabila 
muncul dalam iklan untuk haruman 
jenama Nina Ricci. Gambar besar, Ruslana Korshunova.
TERKENAL...Ruslana terkenal apabila muncul dalam iklan untuk haruman jenama Nina Ricci. Gambar besar, Ruslana Korshunova.


KISAH Ruslana Korshunova, peragawati yang membunuh diri hampir tiga tahun lalu mengejutkan dunia. Peragawati berusia 20 tahun yang jelita, nampak bahagia dan berada di ambang kariernya itu mempunyai semua sebab untuk meneruskan kehidupan.
Bagaimanapun, pada 28 Jun 2008, jelitawan muda itu terjun dari bangunan apartmen tingkat sembilan di New York yang menjadi kediamannya.



Dia tidak mempunyai sejarah kemurungan dan tiada kesan alkohol mahupun dadah dalam tubuhnya. Ringkasnya, alasan untuk dia membunuh diri masih menjadi misteri.

Kini penerbit filem mendakwa terdapat banyak petunjuk menuding kepada organisasi kontroversi yang dikenali sebagai Rose of the World.



Dalam kajian untuk penerbitan filem dokumentari peragawati kelahiran Kazakhstan itu, Peter Pomerantsev menemui banyak rujukan terhadap kumpulan berpangkalan di Moscow yang berfungsi ‘melatih pembangunan personaliti’.


Menulis tentang pengalamannya dalam Newsweek, Pomerantsev memberitahu bagaimana dia menemui teman baik Ruslana, Anastasia Drozdova yang turut membunuh diri pada 2009 di Kiev dengan cara sama.

Seperti mana Ruslana, Anastasia adalah peragawati yang mempunyai nama yang semakin meningkat - turut mengakhiri kehidupannya dengan terjun dari bangunan pangsapuri.

Ibu Anastasia, Olga memberitahu Pomerantsev: “Saya menyelongkar biliknya bagi mencari petunjuk. Saya menemui beberapa kertas daripada Rose of the World.

“Ungkapan yang pelik: “Anastasia, nyanyianmu adalah pengakhiran musim dingin. Kamu dalam perjalanan ke arah itu.”

“Apakah makna di sebalik ungkapan itu? Apakah ‘Rose of the World’? Saya tahu dia pergi ke sana bersama Ruslana.”

Penerbit filem itu yang mempunyai rakaman kamera tersembunyi dan seminar Rose of the World mendedahkan falsafah kumpulan itu berdasarkan kepada disiplin yang digelar Lifespring di mana pada tahun 80-an, ia terbabit dengan pelbagai kes undang-undang dan operasinya terpaksa ditutup di Amerika Syarikat.

Ahlinya, jelas Pomerantsev diminta bercakap mengenai pengalaman terburuk mereka dan biasanya membabitkan kisah mengerikan diperkosa serta didera ibu bapa.

Pomerantsev memberitahu ahli ‘The Rose’ mengingati Ruslana sebagai individu yang pandai berucap.

Dia dikatakan membincangkan tentang kematian bapanya dan kisah cintanya yang mengalami kegagalan.

Sementara itu, artikel berkenaan melaporkan rakan kepada dua peragawati itu perasan dengan perubahan tingkah laku mereka.

“Anastasia mula mengomel, kemudian menangis.” “Dia gemarkan kehidupan glamor tetapi berubah menjalani kehidupan sederhana. Ruslana pula menjadi agresif dan buat kali pertama bersumpah-seranah. Kedua-duanya juga mengalami berat badan berkurangan.

Pembantu Rose of the World, Volodya memberitahu Pomerantsev perubahan pada tingkah laku Ruslana adalah normal.

“Ruslana mempunyai apa yang kami gelar ‘pengunduran’. Dia rasa agak aneh. Anda akan menemui dia merayau-rayau di sekeliling bandar, tidak pasti dengan apa yang dilakukannya.”

“Mungkin dia menangis pada waktu malam. Tetapi dia tidak patut membunuh diri. Kami membantunya menangani apa jua masalah yang dihadapinya,” kata Volodya.

“Dan Anastasia? Kehidupannya sudah tidak menentu. Kami cuba membantunya, kami memang mencuba bersungguh-sungguh tetapi dia tidak mahu berubah. Bidang peragaan atau dadah yang perlu dipersalahkan bukan kami,” katanya lagi.

Pendedahan Pomerantsev daripada The Rose amat menarik. Dia menulis: “Apabila anda menyertai The Rose, terdapat kegelapan dan kebisingan, semuanya dibuat bagi mengejutkan kesedaran fikiran dan pemikiran yang kritikal.”

Menurutnya, ‘pelatih motivasi’ yang bercakap dengan laju tidak akan membantu, malah hanya mengelirukan, mikrofon yang dipasang pada kadar suara tertinggi akan menyakitkan kepala pendengar.’

Namun, Ruslana dan Anastasia menemui sesuatu yang menenangkan dalam The Rose dan menyertai ‘kursus latihan tiga hari’ yang memakan kos AS$1,000 (RM3,000) sehari.

Pomerantsev melaporkan Ruslana menghadiri sesi selama tiga bulan di The Rose sebelum pulang ke New York.

Beberapa bulan sebelum kematiannya, dia menulis: “Diri saya bagaikan sudah hilang, apakah saya dapat temui diri ini kembali?”

Sudah tentu terdapat pelbagai alasan mengapa Ruslana membunuh diri. Bekas peragawati dan pakar psikologi, Elena Obukhova percaya industri fesyen patut dipersalahkan.

Ketika hidupnya, pakar sosiologi Emile Durkheim berpendapat, wanita muda terutamanya dari bekas negara Soviet tidak kuat semangat kerana menurutnya, ibu bapa tidak mempunyai tradisi atau sistem nilai untuk diwariskan kepada anak mereka.

Tidak menjadi rahsia bahawa Ruslana berjuang untuk menghadapi kegagalan kisah cinta bersama teman lelaki yang hartawan.

Rakan Ruslana, Luba memberitahu Pomerantsev: “Bekas teman lelaki Ruslana tampan. Ramai perempuan tergila-gilakannya. Dia menjalin hubungan dengan ramai kawan saya. Semua mereka adalah perempuan yang sempurna. - DM

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site