Followers

May 2, 2011

Mariah Carey Selamat Melahirkan Sepasang Kembar

Posted by MohdHaz on 1:12 AM

Nick cannon dan Mariah Carey
HARI ulang tahun perkahwinan yang ketiga buat penyanyi Mariah Carey dan Nick Cannon begitu bermakna sekali apabila Mariah telah selamat melahirkan sepasang kembar, Sabtu, di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut jurucakap pasangan tersebut, Cindi Berger, kedua-dua bayi lelaki dan perempuan seberat 2.35 kilogram dan 2.44 kilogram itu masih lagi belum diberikan nama yang sesuai.
"Cannon begitu takut dan gemuruh ketika Mariah mengadu sakit perut sehingga dia tersalah masuk wad, sedangkan dia perlu menghantar Mariah ke wad bersalin.
"Bagaimanapun Cannon tampak lega apabila melihat isteri dan anak-anaknya selamat. Malah selepas kelahiran itu, mereka memasang lagu nyanyian Mariah, We Belong Together untuk memperdengarkan kepada kembar tersebut," katanya kepada laman portalThe Telegraph.
Tambah Berger, Mariah telah membuat keputusan untuk tidak mengandung lagi pada masa akan datang kerana pasangan kembar itu sudah cukup membuatkan Mariah dan Cannon bahagia.
Difahamkan, pasangan tersebut akan memperbaharui lafaz ikrar perkahwinan mereka pada Ahad ini.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site