Followers

May 6, 2011

Justin Bieber Dilempar Telur

Posted by MohdHaz on 4:32 PM

DI sebalik populariti dan kejayaan siri konsertnya termasuk di Indonesia dan Malaysia, nampaknya Justin Bieber tidak disambut dengan baik di Sydney, Australia untuk menyambung konsert jelajahnya pada minggu lalu. Berbanding ‘hadiah’ jeritan dan sebagainya yang diterima pada konsert-konsert sebelum ini, Bieber yang membuat persembahan di Acer Arena, Sydney, dihadiahi dengan lemparan enam biji telur!
Aksi lemparan tersebut terjadi sewaktu penyanyi kerlahiran Kanada itu sedang membuat persembahan dan dapat dilihat jelas melalui video yang dimuat naik dalam laman YouTube. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan jelas dua biji telur jatuh kurang dari satu meter dari posisi Bieber. Kemudian diikuti empat biji telur yang pecah di depannya.
Namun Bieber bersikap profesional apabila tidak mengendahkan lemparan tersebut dan meneruskan persembahannya sehingga tamat konsert seperti yang dijanjikan.
Sementara itu, aksi baling telur tersebut telah membuat peminat penyanyi itu berang dan mengugut mereka akan berbuat apa saja jika dapat mengetahui siapa yang berani melempar telur kepada bintang kesayangan mereka itu.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site