Followers

May 14, 2011

James Durbin Gagal Ke Final American Idol 10

Posted by MohdHaz on 5:40 PM

James Durbin
PESERTA program realiti American Idol 10 (AI-10) James Durbin terpaksa melupakan hasratnya untuk mara ke pusingan akhir pertandingan tersebut apabila dia disingkir setelah menerima undian terendah daripada penonton.
James yang mempersembahkan sebanyak tiga buah lagu itu terkejut dengan penyingkiran tersebut memandangkan dia tidak pernah mendapat undian tiga peserta terendah sebelum ini.
Bagaimanapun persembahan James yang sering dikaitkan dengan Adam Lambert telah pendapat pujian daripada barisan pengkritik AI10, Randy Jackson, Jennifer Lopez dan Steven Tyler.
Scotty McCreery
Pengumuman penyingkiran tersebut telah dibuat oleh hos AI10, Ryan Seacrest, Khamis.
Menerusi penyingkiran tersebut, tiga peserta lain, Lauren Alaina, Scotty McCreery dan Haley Reinhart berjaya ke peringkat akhir untut merebut gelaran juara American Idol.
Lauren Alaina
Dalam pada itu, turut berada di kedudukan bawah ialah peserta kelahiran North Carolina, Scotty dan Haley, daripada Wheeling, Illinois.
Sebelum acara penyingkiran, James berduet dengan Scotty dengan membawakan lagu Start A Band, nyanyian Brad Paisley dan Keith Urban.
Haley Reinhart
Manakala Haley dan Lauren pula membawa lagu Gunpowder and Lead, nyanyian Miranda Lambert.
Keempat-empat peserta itu turut bernyanyi bersama menerusi lagu “Don't Stop Believing” daripada Journey serta “Lovion Potion No.9” (The Clovers).
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site