Followers

May 8, 2011

Hadiah Artis Sempena Hari Ibu

Posted by MohdHaz on 2:53 PM

PETALING JAYA: Ungkapan kasih ibu membawa ke syurga sudah terbiasa kita dengar. Ada juga menambah, tidak cium bau syurga jika menderhaka kepada ibu.
Sempena hari ibu yang jatuh pada 8 Mei, mStar Online ingin berkongsi idea menarik artis tentang hadiah istimewa untuk ibu masing-masing.
Bil Azali.
Bil Azali (Pilih Kasih 2)
Nama ibu: Azizah Ahmad
“Kek black forest sebab kek menjadi simbolik kepada pelbagai jenis perayaan.”
Wardina Safiyyah
Nama ibu: Asmah Abdul Ghani
“Sebab ummi (ibu) jauh di Australia, saya hanya memberikan ucapan melalui telefon dan mendoakan kesejahteraan ummi. Saya juga memegang nasihatnya supaya tidak melupakan al-Quran melakukan ibadat-ibadat sunat. Kata ummi, kalau saya lakukan, itulah hadiah cukup bermakna buat dirinya.
“Saya tahu ummi saya tidak mengharapkan hadiah tetapi hanya inginkan anak-anaknya menjadi Muslim yang baik yang takutkan Allah.”
Zain Saidin
Nama ibu: Siti Aishah Abdullah atau Gloria Carol Mann
“Saya sedang menjalani penggambaran di Perlis sehingga 12 Mei ini. Apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya bercadang membawa ibu makan berdua-duaan di restoran pilihannya.”
Zizan Nin.
Zizan Nin
Nama ibu mertua: Fatimah Md Shah
“Saya belikan minyak wangi dan bawa keluar makan malam.”
Jojo Struys
Nama ibu: Irene Struys
“Saya akan habiskan masa dan melakukan aktiviti bersama-samanya seperti makan tengah hari dan berbual pasti menarik kerana kita tidak boleh ‘membeli’ masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengannya. Lagipun dia tinggal berjauhan dari saya iaitu di Singapura dan Johor Baru.”
Sharnaaz Ahmad
Nama ibu: Marina Puteh
“Mama saya suka gajet, jadi saya bercadang untuk membeli gajet seperti BlackBerry atau iPad sebagai hadiah hari ibu. Lebih-lebih lagi hari jadi mama juga jatuh pada bulan ini iaitu 16 Mei.”
Amar Baharin.
Amar Baharin (Kau dan Aku)
"Saya akan belikan hadiah kek dan beg tangan."
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site